CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 794|Reply: 3

[Jenayah] Pecah rumah, cuba rogol mangsa, lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 8-7-2022 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Polis berkata suspek melarikan diri bersama barangan berharga milik mangsa melalui tingkap tandas sebelum ditahan penduduk.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan penduduk selepas memecah masuk sebuah rumah untuk menyamun sebelum mencabul dan cuba merogol dua wanita di Setapak.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 6.30 pagi semalam.

Katanya, bertindak atas tangkapan awam itu, polis memberkas suspek berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati, suspek memasuki rumah dihuni dua mangsa ketika sedang tidur dan bertindak mengacukan senjata tajam ke arah mangsa, sebelum meminta menyerahkan barangan berharga.

Suspek turut mengikat tangan, kaki dan mulut kedua-dua mangsa dan mencabul serta cuba merogol seorang daripadanya, namun cubaan rogol itu tidak berjaya,” katanya menurut Harian Metro.

Ashari berkata, suspek melarikan diri bersama barangan berharga milik mangsa melalui tingkap tandas sebelum ditahan penduduk.

Katanya, semua mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah amphetamine, methamphetamine dan THC,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 12 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 354, 376/511 dan 377CA kanun sama.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mencuri blh terpikir lg nk merogol....

Lahanat.....hempuk bg setengah mati baru serah kat polis
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat dadah……
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:56 AM | Show all posts
dah kena ikat tapi cubaan merogol gagal. kenapa ek? keris tak berfungsi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056395 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list