CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 3

Badan Anak 10 Bulan Penuh Luka, Jumpa 8 Bekas Gigitan- Bapa Kesal Pusat Jagaan Lepas Tangan

[Copy link]
Post time 8-7-2022 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Sumber FB


Luluh hati ibu bapa apabila melihat anak yang baru berusia 10 bulan mempunyai banyak kesan luka di badan serta lapan kesan gigitan dan ada antaranya yang agak teruk.



Hati dan perasaan mereka bertambah hancur apabila cubaan untuk mendapatkan penjelasan serta penyelesaian daripada pihak pusat jagaan seolah-olah diacuhkan.



Menerusi 'group' FB Puncak Alam, seorang bapa, Bakti Zakaria meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pusat jagaan itu yang dipercayai berlokasi di sekitar Puncak Alam, Selangor.





Katanya, pusat jagaan itu hanya mempunyai tiga orang pekerja termasuk pengurus pusat jagaan. Bagaimanapun, Bakti mendakwa pengurus jarang ada sedangkan ada kira-kira 20 orang anak jagaan di pusat jagaan tersebut.



"Bila tanya masa nak bawa masuk, bukan main cakap satu cikgu tiga orang je baby. Lepas tu, bila berlaku kecederaan pada budak, nak tengok cctv bagi alasan dah dua bulan tak bayar internet.



"Dah lah waktu kecederaan tak diberitahu. Tahu pun waktu balik. Kalau ambil anak lambat hari tu tentu anak tahan sakit lebih lama. Tak bertanggung jawab langsung.





"Lapan kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh. Pipi kiri kesan gigit. Telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Belakang telinga di kepala pun ada kesan gigit juga.



"Tangan kanan empat kesan gigit. Tangan kiri satu kesan gigit. Ni bukan jaga dengan baik. Ni biar seperti haiwan yang duduk dalam sabgkar lepas je nak jadi apa. Ini nyawa manusia. Jangan rasa bawah taska bawah YB boleh buat apa saja," tulisnya.



Menjengah di ruangan komen, ramai yang simpati dengan nasib yang menimpa bayi itu selain menyarankan agar Bakti membuat laporan polis.







Memberikan respon pada saranan tersebut, Bakti turut memuat naik foto laporan polis yang sudah dibuat oleh isterinya pada 26 Jun lalu.-CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 09:23 AM | Show all posts
viral kes ni..katanya yb puncak alam yg punya..yb shaid tu katanya...

risau weeeiii..nasib bapaknya takde tunggu dah..terus lapor polis jaa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:01 PM | Show all posts
nak ckp zaman now mmg banyak wujud kes mcm ni. tak kisah laa berdaftar ke, ada cctv ke, tempat tu femes ke.. pls laa tiap kali ambik cek anak tu. mmg akan jd bnda yg x sgka mcm ni. aku pon makin rsau dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
My God...Hauknya perangai anak orang. Ka anak monyet tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061183 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list