View: 4748|Reply: 60
|
[Politik]
Akan ada kerajaan back door, side door, rotating door, emergency door dan Narnia (dunia fantasi rekaan).Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 9-7-2022 01:08 AM
Pelakon dan penyanyi Diana Danielle membuat pengakuan seolah-olah telah hilang kepercayaan terhadap sistem politik Malaysia.
Isteri kepada pelakon Farid Kamil itu juga bertegas tidak berminat untuk mengambil tahu isu politik negara namun tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson itu bagaimanapun menyeru orang ramai menjalankan peranan sebagai rakyat dengan keluar mengundi apabila tiba masanya kelak.
“Biar saya nyatakan di sini: saya akan keluar mengundi dan mempertahankan hak saya tapi saya tidak berminat tentang kemas kini harian berbentuk politik lagi.
“Tolonglah, jangan persendakan undian kami dengan membentuk kerajaan ‘multiverse’. Itulah apa yang menghancurkan kepercayaan saya sebagai seorang rakyat,” coretnya menerusi satu ciapan Twitter.
Tangkap layar interaksi antara pelakon Diana Danielle dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam Twitter yang meraih perhatian warganet.
Menerima reaksi pelbagai disebabkan ciapan berkenaan, Diana, 31, menegaskan, pendapat yang diluahkannya itu adalah bersifat peribadi dan terpulang kepada penerimaan sesiapa yang membaca.
“Apa yang saya ciap hanyalah pendapat peribadi. Betul atau salah, setuju atau tidak, valid (sah) atau sebaliknya, sebenarnya tak penting pun.
“Apa yang saya luahkan itu hanya menyatakan perspektif terkini saya dan perihal itu (perspektif) boleh berubah mengikut masa,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu membidas ciapan Twitter dimuat naik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan jika rakyat memilih untuk menolak politik, mereka sedang mengorbankan masa depan anak-anak.
Ciap Diana: “Saya menolak sebab tak kisahlah siapa yang saya undi, akan ada kerajaan back door, side door, rotating door, emergency door dan Narnia (dunia fantasi rekaan) dipenuhi dengan mereka yang saya tak undi pun.
“Ambil alih kerajaan dan membiarkan samseng masuk. Apa gunanya?,” ciapnya. K Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah tu, klu rakyat dah undi jap lagi politicians boleh kawtim sesama dorg jatuhkan kjaan yg menang election n form kjaan lain buat apa suruh rakyat pegi undi, just utk formaliti? tapi tak hormat hak rakyat nanti dorg sendiri tukar |
|
|
|
|
|
|
|
Memang babi Malaysia ini. Akak tableh terima gomen backdoor peliwat demokrasi sampai sekarang. Kaki peliwat rakyat semuanya yang dok atas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita orang semua ini mangsa sodomy ahli politaiks. Tapi hairan akak sanggup pula kita diliwat berkali2 yach. Asalkan orang sendiri yang liwat maka dimaafkan kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung2 disuruh ja kau pindah negara. Harhar. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita semua rakyat ini patut bersatu hati, bukannya dok menyakitkan hati sesama sundri berpecah belah sebab beda kaum agama ataupun kerana vaksin tak vaksin.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngan dd walaupon menyampah nak mati ngan sekor2 politaiks keluar la mengundi. ni mengundi pon tanak ko tayah komplen pape |
|
|
|
|
|
|
|
jadi janganlah lantik PM macam atok tu
dia sendiri yang letak jawatan sebab takut anwat jadi PM |
|
|
|
|
|
|
|
ko nk salahkan jagong ke
kerajaan beta is better |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by namieamuro at 9-7-2022 11:26 AM
iye ibarat ko dh undi pastu org ko undi main lompat si katak lompat. lps tu kerajaan sedia ade bergolak. lps tu prn tak sudah. lps tu berebut kuasa tak sudah.
bile rakyat susah mase banjir last year, bantuan kemain lambat sampai. bile menantu hantu susah, laju heli dtg pick up. hamboi sgt kan. lps tu dtg bantu rakyat pakai heels. dh kne hentam, dtg pki kasut tp pegi cuci taik cicak kt kaki lima yg bersih. ni baru sikit je psl pemimpin hamjadah. demi rakyat hakkkkktuih |
|
|
|
|
|
|
|
Waima apa jua alasan, sepatutnya semua pihak wajar menghormati pilihan majoriti...
Patut disyaratkan kerusi adalah milik parti, bkn milik individu kerana hakikatnya rata2 pengundi undi parti bukan tokoh...
Baru masalah lompat parti ni selesai...
Perlu juga selesaikan isu diskriminasi ahli parlimen pembangkang.. Patut bagilah peruntukan sama byk... Inilah yg byk dijadikan alasan ahli parlimen pembangkang tukar jadi BEBAS TAPI MESRA KERAJAAN, sbb peruntukan disekat bila jadi pembangkang... Hal ni mmg PH bangang, dulu bkn main marah BN x salurkan peruntukan kpd geng dorg, bila jadi ketajaan dorg pun lebih kurang, cuma nk nmpk better dorg bagilah peruntukan rm100k utk lawan berbanding sejuta lebih utk MP kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
Well said sis ... Mat Kilau sangat. Background music kena ada lagu M Nasir Sumpah Semerah Padi lagi kuat impact nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak dapat undi kena tunggang isu perkauman dan agama kerana itu yg majoriti rakyat peduli. |
|
|
|
|
|
|
|
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson
apa bangsa dia ni? Nak kata omputih apasal ada nama bapak dalam nama dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shinzo Abe senyum sinis dari alam barzakh
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 9-7-2022 01:45 PM
apa bangsa dia ni? Nak kata omputih apasal ada nama bapak dalam nama dia.
Ikut cara Islam kot letak sekali first name ayah.
Rasa dulu ada cerita ayah dia Texan (dah meninggal). Tak silap lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara Islam ka cara melayu?
btw apa dia buat kat Malaysia dah bapa dia Texan
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 9-7-2022 10:04 AM
jadi janganlah lantik PM macam atok tu
dia sendiri yang letak jawatan sebab takut anwat jadi PM
Dia letak jawatan sbb dh xde sokongan bahalul. Bukan mcm jibun kau muka xtau malu, jd pm tapi bahalul mengaku kena tipu dgan scammer jho low |
|
|
|
|
|
|
|
kalau hang menolak..maka kudeta terus berkuasa dan bakal menjadi seperti afrika.
kecuali agong bijak mcm sultan brunei.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|