CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 8

[Tempatan] Hanya 40 guru tempatan Sabah di bawah COS dilantik, sangat memalukan - Shafie Apdal

[Copy link]
Post time 9-7-2022 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-7-2022 05:23 PM

Hanya 40 guru tempatan Sabah di bawah COS dilantik, sangat memalukan - Shafie Apdal


KOTA KINABALU: Hanya 40 daripada 292 guru di Sabah yang menerima Skim Perkhidmatan Kontrak (COS) pada tahun ini walaupun terdapat keperluan mendesak untuk tenaga pengajar di negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu Kerajaan Persekutuan menangani masalah tersebut dengan mengambil guru-guru anak tempatan Sabah memandangkan proses itu lebih murah berbanding meletakkan guru dari Semenanjung ke negeri di Bawah Bayu berkenaan.

Selain masalah infrastruktur, dan penjagaan kesihatan Ahli Parlimen Semporna itu juga melihat masalah kekurangan guru di Sabah pada tahap kritikal.

Malah tegasnya, beliau akan membawa perkara tersebut ke sidang Dewan Rakyat akan datang.
"Tidak ada sebab mengapa guru-guru ini tidak boleh diambil bekerja kerana ia menyelesaikan kerumitan untuk memindahkan guru dari negeri lain ke Sabah, yang pada dasarnya menanggung kos yang lebih tinggi.

Tambahan pula, kerajaan telah berjanji untuk menyokong nisbah guru tempatan kepada guru bukan Sabah pada 90:10 di negeri ini.

"Sangat memalukan apabila kerajaan telah gagal memberi perhatian serius kepada Sabah dalam hal-hal berkaitan pendidikan. Kerajaantidak mendengar masalah dialami oleh rakyat," katanya.

Mohd Shafie berkata terdapat juga beratus-ratus sekolah daif di Sabah yang menghalang pelajar sekolah daripada mendapat akses sama rata kepada pendidikan seperti rakan-rakan mereka di negeri-negeri lain.

Katanya, keadaan pengabaian ini juga berlaku dalam kalangan guru-guru Sabah yang layak diberi peluang pekerjaan.

"Demi masa depan kanak-kanak di Sabah, selesaikan masalah ini segara. Kita sedang membina sebuah negara. Mengapa rakyat Sabah tidak mendapat layanan yang sama seperti rakyat Malaysia di Semenanjung? Adakah kita bukan rakyat Malaysia juga?,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu program Let’s Talk bersama Shafie Apdal secara dalam talian pada Khamis malam, beberapa guru menyatakan kesusahan dan kekecewaan mereka selepas gagal menerusi Skim Perkhidmatan Kontrak guru pada 28 Mei lalu.

Sebelum pengumuman itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa terdapat 2,400 kekosongan bagi guru kontrak yang memohon pada tahun 2021.[TERKINI] 2,683 guru lantikan COS dilanjut tempoh kontrak


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hanya-40-guru-tempatan-sabah-di-bawah-cos-dilantik-sangat-memalukan-shafie-apdal-370260



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dari mana.kah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab tak layak atau mmg tak dipilih . bulu yg dipilih ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mizzmimi at 9-7-2022 09:49 AM

Takde bagi stat pun bape jumlah graduan perguruan dari negara sabah? Nape nak malu pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg sememangnya sejak dulu...skrg nih Sabah Dan sarawak.mmg dah ada graduan Kan..ini citer bukan 20  tahun lepas..20 tahun lepas ye lah mmg
tak ramai graduan Sabah Dan Sarawak
...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 9-7-2022 09:48 AM
Takde bagi stat pun bape jumlah graduan perguruan dari negara sabah? Nape nak malu pulak?

Ini Mohon Dari pihak spp lah..sbb dioarg yg ada data permohonan tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 9-7-2022 10:05 AM
Ini Mohon Dari pihak spp lah..sbb dioarg yg ada data permohonan tuh...

Total graduan lain bang.. and total berapa ribu graduan pendidikan negara sabah yang mohon sampai apdal marah sangat 40 orang je dilantik COS.. mohon ke idokkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 9-7-2022 10:11 AM
Total graduan lain bang.. and total berapa ribu graduan pendidikan negara sabah yang mohon sampai  ...

That's why data kena Dari pihak spp je..diaorg lebih tahu..btw one off dan COS tu lain ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Cos ini dari aliran agama dan English, kebanyakan memang dari luar terutama subjek agama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.088220 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list