CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 11

[Tempatan] Aliran trafik lebuh raya utama sesak

[Copy link]
Post time 9-7-2022 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Aliran trafik lebuh raya utama sesak




KUALA LUMPUR: Aliran trafik keluar dari Lembah Klang melalui beberapa lebuh raya utama ke Pantai Timur dan utara masih tinggi dan berterusan sejak petang semalam hingga awal pagi ini berikutan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha.

Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Pantai Timur, kesesakan lebih 22 kilometer (km) dilaporkan berlaku dari Plaza Tol Gombak hingga ke Kilometer (KM) 42.2 laluan Gombak ke Bukit Tinggi.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata setakat jam 9.27 pagi tadi kesesakan 2.1 km turut dilaporkan berlaku di KM42.6 hingga KM44.7 laluan Bukit Tinggi ke Lentang.

"Kesesakan kenderaan bercantum sebelum masuk ke plaza tol sehingga keluar plaza tol (Plaza Tol Gombak) dengan kesesakan lebih 600 meter dilaporkan berlaku di laluan arah masuk ke plaza tol.

"Selain itu, kesesakan kira-kira 1.5 km turut dikesan di KM49.1 hingga KM5.06 laluan Lentang ke Bentong dan di KM61.6 hingga KM62.9 di Bentong," katanya kepada BH, hari ini.

Radzimah berkata, kesesakan turut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dengan kesesakan kenderaan sepanjang lebih 600 meter sebelum masuk ke Plaza Tol Karak.

"Aliran trafik ke Pantai Timur mulai meningkat sejak petang semalam dan berlarutan hingga ke malam tadi seterusnya sehingga awal pagi ini.

"Selain itu, kesesakan sepanjang 2.6 km turut dilaporkan berlaku di KM117.5 hingga ke KM120.3 dari Lanchang ke Temerloh.

"Untuk tempoh 24 jam bermula jam 6 pagi semalam hingga jam 6 pagi ini, sebanyak 131,522 kenderaan direkodkan masuk ke KLK arah Pantai Timur dan dalam tempoh tiga jam dari jam 6 pagi tadi hingga jam 9 pagi ini, sudah mencecah 15,733 kenderaan," katanya.

Sementara itu, di Lebuhraya Utara Selatan, pengguna lebuh raya juga perlu menjangkakan kelewatan perjalanan berikutan aliran trafik tinggi dengan kesesakan dilaporkan berlaku di beberapa lokasi rangkaian lebuh raya itu.

Menerusi ciapan di Twitter @plustrafik, kesesakan sepanjang lebih tujuh km dilaporkan berlaku di laluan arah utara dari Ipoh Utara ke Kuala Kangsar akibat sebuah bas rosak menyebabkan lorong kiri terhalang.

Setakat jam 9 pagi tadi, aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar.

Bagi laluan arah ke selatan pula, @plustrafik melaporkan beberapa lokasi turut mengalami aliran trafik perlahan termasuk dari Putra Mahkota ke Nilai, Putra Mahkota ke Bandar Ainsdale dan dari Bandar Serenia ke Bandar Ainsdale.


Tinjauan aliran trafik yang mengalami kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan, Rawang. - Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Sumber;https://www.bharian.com.my/berit ... uh-raya-utama-sesak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
X sanggup ngadap jam yg luarbiasa, raya aidiladha ni duk sini je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:27 PM | Show all posts
seronok nya hadap jam nak balik kampung

Otw boleh berhenti R&R rebut jamban, berjaya sampai rasa macam satu pencapaian

Komen berdasarkan pengalaman orang lain

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 9-7-2022 12:22 PM
X sanggup ngadap jam yg luarbiasa, raya aidiladha ni duk sini je lah.

Dah lama X dpt beraya Haji..Kasi can lar rakyat Malaysia berjalan2 tanpa mengira kaun Dan agama
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan buang sampah merata2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:32 PM | Show all posts
Syukur asal Lembah Kelang tak perlu nak bersesak2 macam mereka.  Rasanya ramai tak dapat cuti sebab tu ramai pilih balik arini.  Cuti tahun banyak dah habis masa cuti panjang dulu gaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Diapers anak tu,balut elok2 simpan dlm plastik kalau anak berak dlm kereta.jangan baling buang kat tepi highway tu.
Jadilah ummah yg bertamadun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm asben aku kena g shah alam amik brg kilang. Balik tu..pkul 5pm dr sne..pkul 9.30pm bru smpi bentong. Jem parok..adik ipar aku blik kg temerloh ari kamis. Ptg pkul 6 bertolak dr klang, pkul 11 mlm smpi genting sempah. Mmg gile jem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 02:33 PM | Show all posts




Pegawai pn Jah buat roadblock kau....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 9-7-2022 01:32 PM
Diapers anak tu,balut elok2 simpan dlm plastik kalau anak berak dlm kereta.jangan baling buang kat t ...

Orang pengotor je yang buat macam ini...
Takde common sense langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 9-7-2022 03:11 PM

I bertolak balik ke pantai timur pukul 7 pagi semalam, Alhamdulillah jalan tak sesak pun sbb ramai yg bertolak balik terus lepas kerja  petang Khamis tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik semalam ikut jalan lama gombak, clear je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056666 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list