CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2196|Reply: 23

[Tempatan] 42 ajaran sesat dikesan di Johor

[Copy link]
Post time 10-7-2022 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-7-2022 10:14 AM


42 ajaran sesat dikesan di Johor



"BAGI semua ajaran, kita memang tegas dalam menyaring ajaran di Johor. Mana-mana yang menyimpang, kita akan semak dan ambil tindakan." - Mohd. Fared Mohd. Khalid. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI


  • Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH
  • 9 Julai 2022, 3:11 pm















JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesan sebanyak 42 ajaran sesat di negeri ini dalam tempoh 2000 hingga 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, antara ajaran sesat berkenaan ialah ajaran Qadyani, Baha’i, Al-Arqam, Ayah Pin, Lqyar Bahtwea, Millah Ibrahim dan Hizbut Tahrir.

Ajaran lain termasuk Syiah, Wahabi, Haji Banuar Roslan, Zikir Nafas, Bathamim dan Suhaimi Bin Mohamad.

Menurutnya, walaupun hasil pemantauan oleh Bahagian Penyelidikan JAINJ dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati dalam tempoh 2020 dan 2021 aktiviti ajaran sesat berkenaan berkurangan, mungkin disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19, namun penyebarannya turut menggunakan medium lain termasuk dalam media sosial.

“Bagi semua ajaran, kita memang tegas dalam menyaring ajaran di Johor. Mana-mana yang menyimpang, kita akan semak dan ambil tindakan. Jumlah sebenar pengikut tak ada, walaupun sekecil mana pun kita akan basmi, selagi mereka menyalahi ajaran Ahli Sunnah Waljamaah yang kita amalkan di Johor.

“Apabila terima aduan, kita terus siasat dan buat serbuan ke pusat dan kelas yang mencurigakan dan soal siasat. Mereka juga akan dipanggil untuk sesi kaunseling sebelum tindakan mahkamah diambil.

“Sekiranya mereka dapat dipulihkan dalam sesi kaunseling, kita akan masukkan mereka ke dalam kelas pemulihan. Sekiranya mereka berkeras dan meneruskan ajaran, terpaksa kita ambil tindakan mahkamah sebagai tindakan akhir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, antara ajaran sesat yang pernah dikenakan tindakan mahkamah adalah ajaran Al-Arqam seperti yang diketahui umum sebelum ini.

Mohd. Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah menjelaskan, antara ciri-ciri ajaran sesat yang sering dikesan adalah ketuanya mengaku diri Tuhan atau nabi serta boleh berinteraksi dengan golongan di langit.

“Selain itu, bagi menarik minat dan perhatian umat Islam, mereka sering mendakwa ajaran yang mereka bawa amat mudah untuk diamalkan seperti boleh sembahyang jamak pada setiap masa,” katanya.

Justeru, beliau menasihati umat Islam di negeri ini supaya menilai dan merujuk terlebih dahulu sesuatu ajaran yang dibawa pihak tertentu dengan pihak pejabat agama atau tokoh agama yang bertauliah di negeri ini.

“Jangan mudah percaya dan terikut-ikut. Benar agama Islam ini mudah bagi umatnya, namun bukan terlalu mudah sehingga tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya,” tegasnya. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa depa memilih sesat dr lurus
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 10-7-2022 02:14 AM
Kenapa depa memilih sesat dr lurus

Lurus ni byk yg taboleh......

Sesat ni blh tukar² pasangan....blh mkn duit haram....yg upline blh dpt byk keistimewaan....selalunya dpt pookey free lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu group dtg dari mana ntah kt kg aku, tak campur dgn org kg, buat aktibiti dorang sendiri.....

Dia ingat kitorang ni bodoh nk dok diam je.....tunggu masa nk halau je....jgn nk memandai nk buat yg bkn² kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hari ni aku masih blm dpt jawapan knp kena ikut ahli sunnah as syariah & al marutuddiah? Ahli sunnah wal jamaah yg dulu2 or selain 2 org ni sesat juga ke? Ada ustaz/ serazah porum blh bantu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:59 AM | Show all posts
Firenzza replied at 10-7-2022 07:58 AM
Sampai hari ni aku masih blm dpt jawapan knp kena ikut ahli sunnah as syariah & al marutuddiah? Ahli ...

Tiada jawapan pendek untuk persoalan anda. Jika ada, anda sudah pun tahu jawapannya. Polemik ini perlu diketahui hujung pangkalnya terlebih dahulu, barulah boleh dinilai lebih kurangnya.



Download nota di sini:
https://www.mediafire.com/file/1fdki52cptjaw70/Usul_dan_furu_aqidah_antara_asyairah_dan_salafiyah__pdf-2.pdf/file

Semoga membantu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif ajaran Sohai pun ada?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 10-7-2022 03:30 PM

wow...band rock pon x banyak ni  zaman 'rock kapak'...dahsyat la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem Fared.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-7-2022 11:17 AM
Motif ajaran Sohai pun ada?

Yang itu saya tidak hairan. Yang mendukacitakan ialah Wahabi juga turut tersenarai, semata-mata kerana fitnah yang ditaburkan di atas mereka oleh golongan yang dengki dengan cinta mereka kepada sunnah yang sejati. Ketahuilah bahawa tiada ahli bidaah dan khurafat yang menganggap Wahabi sebagai kawan, sebaliknya golongan inilah yang paling bencikan Wahabi. Pertama, kerana ketegasan mereka. Kedua, kerana kuasa mereka. Ketiga, kerana kekayaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 10-7-2022 10:59 AM
Tiada jawapan pendek untuk persoalan anda. Jika ada, anda sudah pun tahu jawapannya. Polemik ini p ...

Thanks for sharing.....nak kena hadam slow2, bideo tu panjang la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahabi ni disesatkan sbb diorg gemar menambah ibadah yg nabi x buat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 10-7-2022 03:59 PM
Thanks for sharing.....nak kena hadam slow2, bideo tu panjang la pulak

Sama-sama. Boleh rujuk ringkasannya pada nota yang disertakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
haluz replied at 10-7-2022 05:25 PM
Wahabi ni disesatkan sbb diorg gemar menambah ibadah yg nabi x buat..

Tidak benar begitu. Wahabi "disesatkan" agar orang awam takut kepada mereka macam takutkan harimau, selepas itu golongan ahli bidaah dan para tonto mereka itu akan mula melabelkan sekalian orang yang tidak disenangi oleh mereka dengan label "Wahabi" agar orang ramai terus lari bertempiaran apabila mendengar namanya disebut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 08:47 PM | Show all posts
masih wujud yach pengikut ayah pin...
johor tu dekat dengan kerajaan yindu majapahit... kaka nak pitenah pengikut2 tu datang dari sana la kot... ulang alik suruh nyi roro kidul tumpangkan melalui laut...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 10-7-2022 06:37 PM
Tidak benar begitu. Wahabi "disesatkan" agar orang awam takut kepada mereka macam takutkan harimau ...


Wahabi termasuk dalam senarai sesat oleh kerajaan, bukan dibuat oleh orang dengki ke. Kan ada dalam senarai tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 08:52 AM | Show all posts
geng haji banuar roslan tu kat selangor pun ada... uncle iols salah sorang pengikutnya, lama sudah wujud sejak 90an lagi rasanya. depa pakai semua serba putih....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 09:47 AM | Show all posts
aku ada kenal sorang..
tp skrg dah jd gila isim haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ladyfreecare replied at 11-7-2022 07:05 AM
Wahabi termasuk dalam senarai sesat oleh kerajaan, bukan dibuat oleh orang dengki ke. Kan ada dala ...

Kalau setakat kerajaan Malaysia, saya sedikit pun tidak hairan. Penduduk Mekah dan Madinah pun untuk suatu ketika pernah menganggap Wahabi itu lebih buruk daripada Yahudi, Nasrani dan orang Musyrikin. Puncanya ialah kitab beracun karya Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Golongan ulama Dua Tanah Haram yang terpengaruh dengan buku ini pun pernah menandatangani risalah-risalah yang mengkafirkan Wahabi tulisan Ahmad Raza Khan Barelvi, seorang kepala ahli bidaah di India. Selepas itu koleksi tandatangan yang dikumpulkannya itu dijaja pula ke seluruh pelusuk alam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 11:06 AM | Show all posts

haah kan
mcm manis2 gitu
org umno ni
lantikan politik
adun kt johor

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.079077 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list