CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2742|Reply: 29

[Jenayah] Wanita komedi tanggal tudung & baju kurung direman 3 hari

[Copy link]
Post time 10-7-2022 09:07 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dipercayai menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, sudah ditahan polis.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.
“Suspek kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.


Difahamkan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 10.45 malam di Taman Jaya, Jalan Gasing, di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, PDRM membuka kertas siasatan berhubung perkara itu susulan penularan video menunjukkan seorang wanita menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Polis turut menerima laporan berhubung rakaman video insiden itu yang menjadi tular pada Sabtu.

Video tular berdurasi 50 saat itu memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menanggalkan tudung dan baju kurung sebelum mengeluarkan kenyataan yang dipercayai menghina Islam, yang mendapat kecaman banyak pihak.

Noorsiah dilapor berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.

“Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Astro Awani



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
byknyaaa tered perempuan kepam ini..rupa xcantik..buat lg merepek gini..kepam orgnya sekepam perangai..sedih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiiiiii lajuuu nauuuu remannnnn

Yang Macau scammmm love scammmm punya dajei itu bila kau nak tangkap nak remannnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:00 PM | Show all posts
Rasanya pompuan ni suka kut kena tangkap. Lg glamer jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka masuk lokap, xleh berzina 3 hari
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti tangkap, sebelum orang lain tangkap dan buat hukoman sendiri.. Dia pun dapat perlindungan juga. Bahaya kat luar nanti orang culik ke belasah ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 11:22 PM | Show all posts
boypren 7 org x lawat ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:33 PM | Show all posts
tolong la.. jgn bg minah kepam ni glamer voley tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hajah Zouk tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:41 PM | Show all posts
hodoh tak salah.  rambut tak banyak pun tak salah.  hambar pun tak salah.  tapi perangai dajjal tu yang kena bendung.  jika tidak, huru hara lebih besar bakal berlaku di tanah air ni... ini adalah watak2 ciptaan kapir utk menyekat keamanan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lah buat perkara yg sia-sia
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 10-7-2022 11:33 PM
tolong la.. jgn bg minah kepam ni glamer voley tak?

Akak setuju statement kau ni sis. Cukup2lah bagi orang yang tak menyumbang kepada ilmu ni spotlight, sister. Akak is meluat sis.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:00 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 10-7-2022 11:41 PM
hodoh tak salah.  rambut tak banyak pun tak salah.  hambar pun tak salah.  tapi perangai dajjal tu y ...

rambut tak banyak???
minah ni votak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Triggered sungguh   
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:02 AM | Show all posts
pooh~key replied at 10-7-2022 11:55 PM
Akak setuju statement kau ni sis. Cukup2lah bagi orang yang tak menyumbang kepada ilmu ni spotligh ...

iols speku deme mencapub nih sbb nak wat duit drp utube jahh...
yg mamat brit dgn skendel ukraine tuh teruih dpt beribu polower lepas berita tersebar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:19 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 11-7-2022 12:00 AM
rambut tak banyak???
minah ni votak ka?

jendul cakap ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya nak berhijrah kot. Senang dpt perlindungan nt
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Di thread sebelah ada yang kata agama untuk orang yang ber aqal...siti amira itu baru bercakap dan sharing her interest dan her past... Ramai mengelupur.. At least yang ngaku lebih ber aqal dan ber iman ini pay attention dan cuba bawa ke jalan benar ikut cara islam...bukan suruh pergi sekolah kan non believers seperti dawking.. Brian cox..brian greene.. Carl sagan... Stephen hawkings kah.. Lebih kepada menghina... Terhina.. Itu di panggil ber akai?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid komedi tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Masaalahnya x kisah la ko nk atheis ke nk murtad ke.. Diam2 sudah.. Knp nk heret agama sekali.. Sbb ko bitter ngn mak pak ko.. Tp ckp still Islam n bangga jd Islam.. So walk the talk la.. Knp contradict sgt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.091087 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list