View: 3140|Reply: 25
|
[Tempatan]
Trend kahwin muda, cerai awal semakin meningkat
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Trend perceraian dalam kalangan pasangan muda ataupun pertimbangan untuk bercerai pada usia muda semakin meningkat dan seolah-olah menjadi penyelesaian ketika mereka mengalami konflik rumah tangga, kata sebuah pertubuhan bukan untung.
Pengerusi Focus On Family Malaysia, Lee Wee Min berkata, kurangnya pendidikan dalam hubungan praperkahwinan boleh menyumbang kepada perceraian pasangan muda kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mencukupi dalam menangani cabaran hidup bersama.
“Disebabkan itu, mereka mudah terpengaruh dengan media sosial mahupun pihak ketiga sehingga menjejaskan hubungan.
“Kekangan kewangan serta kurang pemahaman terhadap pasangan sendiri juga antara punca yang mendorong kepada perceraian dalam kalangan pasangan, khususnya bagi mereka yang berkahwin pada usia muda,” kata Lee kepada FMT.
Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Mas Ermieyati Samsudin memberitahu Dewan Rakyat hampir 140 perceraian difailkan sehari dari Mac 2020 hingga Ogos tahun lepas.
Kajian 2016 oleh Psychology Today mencadangkan pasangan berkahwin sebelum umur 28 tahun lebih berkemungkinan bercerai berbanding mereka yang berkahwin agak lewat dalam hidup, manakala kajian pada 2013 yang menemu bual 52 pasangan bercerai turut mendapati korelasi kuat antara perkahwinan muda dengan perceraian awal.
Menurut Lee, keputusan untuk bercerai selepas membina rumah tangga bukan perkara mudah bagi kedua-kedua pihak kerana ia menjadi jalan terakhir bagi pasangan yang berhadapan konflik rumah tangga, sama ada tiada persefahaman mahupun disebabkan tekanan emosi yang dihadapi akibat masalah kewangan.
“Malangnya, anak antara individu yang banyak terkesan akibat perceraian ibu bapa. Mereka mungkin sukar memahami mengapa ibu bapa mesti berpisah dan seterusnya mengalami kesusahan, kemarahan, kebimbangan mahupun ketidakpercayaan.
“Kajian turut membuktikan kanak-kanak mampu membesar dengan baik serta mencapai kejayaan dalam kehidupan, sekiranya mereka hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang daripada ibu bapa,” katanya.
Kaedah atasi perceraian
Lee menekankan kepentingan bagi pasangan mengenal pasti timbulnya konflik dalam kehidupan harian tidak selalunya bersifat negatif kerana kadangkala konflik itu boleh membawa kebaikan kepada hubungan mereka.
Tambahnya, cara pasangan menyelesaikan konflik hubungan adalah faktor utama menentukan kelangsungan perkahwinan mereka.
“Adalah baik untuk mendapatkan bantuan kaunseling sekiranya hubungan antara pasangan menemui jalan buntu.
“Bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah penerimaan kekurangan pasangan kerana faktor kekurangan itu yang menjadi kunci agar mereka lebih peka, saling mengerti mahupun melengkapi satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata, penerimaan itu bukan bermaksud mengabaikan semua kelemahan dalam pasangan, tetapi menyedari tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Katanya, pasangan muda wajar menghadiri kursus praperkahwinan dengan pasangan lebih tua sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum perkahwinan untuk membina persefahaman baik antara satu sama lain.
“Sekiranya pasangan bergelut untuk mengatasi perbezaan mereka ketika mengambil kursus praperkahwinan, mungkin mereka akan dinasihatkan membuat pertimbangan serius sama ada mereka perlu menyelesaikan perbezaan mereka dulu sebelum mengambil keputusan beralih ke fasa seterusnya (pertunangan atau perkahwinan),” katanya.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/11/gagal-tangani-konflik-antara-punca-perceraian-pasangan-muda/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selagi soalan bila nak kahwin jadi trend. Hmmm
Lagipun ramai yg galakkan kahwin awal kerana sekian sekian sebab.
Anak muda juga mental cepat koyak dengan soalan bila nak kahwin? |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 11-7-2022 11:44 AM
Selagi soalan bila nak kahwin jadi trend. Hmmm
Lagipun ramai yg galakkan kahwin awal kerana sekian s ...
U dah kahwin ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
hannah delicious menyesali perkahwinannya kerana salah pilih laki katanya |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke punca utama adalah disebabkan masalah kewangan? |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 11-7-2022 01:54 PM
betul ke punca utama adalah disebabkan masalah kewangan?
betullll..kalau kawennn..pastu dpt laki gji lebih kurg jerr...dh kawen nk beranak lg...komitmen makin byk..kalauu dpt laki berkemampuan kita kerja juz utk suka2..tp kalau dpt laki yg gji below par..kena la tlg sekali tong tong byr umah atau keta kena byr sndidi..baikkk hidup sendiri jerrr kalauuuuu gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kawen awal ni sbb x nyabar nak ngeseks je kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
tu kiranya takde kerberkatan dalam berkahwin
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat dating apps ramai gak jumpa gak duda / janda umur 25-30an tapi anak da masuk tadika.. ada sampai 2-3 anak diorg..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo pompuan kahwin muda laki dah matured kewangan kukuh oklah.. yg aku heran yg jate kemain muda 21,22 kerja pun x tetap sibuk nak berbini. Dah jadi laki tu enjoy lah life cari duit byk
baru kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 11-7-2022 02:04 PM
muda muda dh jd mak la bdk skrg..xsanggup lg..tp risau gak makin tua tkt xsempat lak nk beranak 4 or ...
banyak nau 'tapi' hang ni pun....
enjoy la dulu time single dah tak ready nak kawen. kalau ter'tua' sikit pun masa nikoh, branak sorg dua jadi laaa |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 11-7-2022 05:39 AM
hannah delicious menyesali perkahwinannya kerana salah pilih laki katanya
Hannah Delicious tu memang sayang kawin awal. |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan berlaki tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 11-7-2022 04:08 PM
Kalo pompuan kahwin muda laki dah matured kewangan kukuh oklah.. yg aku heran yg jate kemain muda 21 ...
Hari2 tembak dinding
layan lak tik tok gelek2
mana bley tahan |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 muda kawin sebab nak buat konten tiktok..depa tak tau reality sebenar perkahwinan yg nak dihadap sepanjang usia... |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 11-7-2022 02:37 PM
kawen awal ni sbb x nyabar nak ngeseks je kot....
Utk halalkan yg harommm katanya. Aritu i g pej agama islam, i tgk kat buku registration tu byk ye dtg atas urusan penceraian. Umur bawah 27. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak cerai kalu, jangan kahwin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai jelah drpd hidup dlm ketoksikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|