View: 1959|Reply: 18
|
[Tempatan]
Khidmat bersih najis kucing dari rumah ke rumah jana pendapatan lumayan
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-7-2022 03:31 PM
Khidmat bersih najis kucing dari rumah ke rumah jana pendapatan lumayanAnne Muhammad -
July 11, 2022 12:00 PM
Qawiatul Atiqah Jaffri dan Wan Adam Syahmi Wan Roshaimi yang obses dengan kucing, tidak takut dicakar atau digigit ketika menguruskan haiwan peliharaan itu.
PETALING JAYA: Mendepani cabaran ekonomi tidak menentu akibat penularan Covid-19 menyebabkan ramai individu menjadi lebih kreatif dalam meraih pendapatan.
Tidak terkecuali buat Qawiatul Atiqah Jaffri, 31, pemilik Amani Cats World kini mampu menjana pendapatan lumayan dengan membersihkan sangkar kucing dari rumah ke rumah.
Beliau yang sudah lali dengan bau najis kucing berkata, setiap pekerjaan mempunyai cabarannya tersendiri.
Pekerjaan ni ibarat tidak bekerja sebab saya memang mempunyai minat mendalam terhadap kucing. Saya rasa sangat seronok dengan pekerjaan ini. Kehidupan seharian saya, dari pagi hingga malam, menguruskan kucing,” katanya kepada FMT.
Qawiatul Atiqah Jaffri yang sudah lali dengan bau najis berkata, setiap pekerjaan mempunyai cabarannya tersendiri.
Beliau berkata, idea perniagaan itu bermula dari seorang rakan yang menceburi bidang sama sejak empat tahun lalu, ditambah dengan dirinya yang obses dengan kucing.
“Saya memiliki 58 ekor kucing di rumah menyebabkan saya tidak mempunyai masalah dalam menguruskan kucing. Ilmu berkaitan kucing ini kebanyakan saya rujuk pakar veterinar,” katanya.
Atiqah dan suaminya, Ahmad Faizal Azman, 36, turut menawarkan perkhidmatan mendandan, hotel kucing dan penghantaran kucing dari mana-mana negeri di Semenanjung, termasuk menemani si manja bagi urusan di klinik veterinar.
Setiap hari, Qawiatul Atiqah Jaffri dan Wan Mohd Syahmi Wan Roshaimi akan berkunjung ke tiga rumah pelanggan di sekitar Lembah Klang bagi membersihkan sangkar kucing.
Katanya, bayaran bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan antara RM15 hingga RM450, bergantung keperluan pelanggan.
Atiqah berkata, jadual hariannya padat kerana setiap hari perlu ke rumah pelanggan yang telah membuat tempahan untuk pelbagai servis yang ditawarkan.
Katanya, dia lebih selesa bekerja tanpa terikat dengan majikan kerana mampu menguruskan masa dengan lebih baik.
Ada baiknya berniaga sendiri, ramai kawan saya ada ‘anxiety’, terlalu stres sebab bekerja dengan orang, jumlah kos sara hidup yang tinggi dan bagaimana mereka nak capai kehidupan yang mereka kehendaki kerana gaji sikit, tapi cara hidup terlalu mahal.
Jadi, dengan berniaga, mereka mungkin boleh tingkatkan kehidupan mereka.
Selain membersihkan sangkar kucing, Amani Cats World juga menawarkan perkhidmatan dandanan, hotel kucing dan ‘teksi kucing’ buat pelanggan yang perlu membawa si manja ke veterinar dan perjalanan perpindahan.
Ketika ditemui FMT, Atiqah bersama pekerjanya, Wan Adam Syahmi Wan Roshaimi, 21, sedang membersihkan sangkar yang diduduki 20 ekor kucing di rumah pelanggannya di Sungai Buloh sebagai persediaan menghadapi Aidiladha.
Wan Adam berkata, rakan seusianya menerima hakikat keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kesukaran mendapat pekerjaan menyebabkan mereka perlu meneroka peluang baharu untuk menjana pendapatan.
“Mungkin dari situ kita dapat gaji, dari situ rezeki kita…Kalau orang cakap pekerjaan kita pelik, jangan rasa ‘down’, teruskan buat kerja dan yakin dengan pekerjaan yang kita pilih, asalkan kita minat, semua jalan.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Kencing kucing a good repellent agent to shoo rats away.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak seribu daya.
Kat malaysia ni macam-macam kerja boleh buat untuk buat duit/tambah sumber pendapatan.
Kebanyak rakyat malaysia ni pemalas, kaki merungut dan kurang bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Merungut mengeluh ni rezki susah nak masuk. Kadang kejap2 dpt sakit. Positive jer mcm pompuan ni. Klu buat bisness kejap2 mengeluh, jawab lah gerenti slow bisness tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pembenci Kucen
Edited by tumpanglalu74 at 12-7-2022 08:10 AM
Sume pakat mencemik kat topik ni..
Kucen2 semalaya tersenyum sinis. @kakikuDibibirmu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa manusia jadi hamba kpd kucing? |
|
|
|
|
|
|
|
haaa... kami yang dok kampung ni pun ada catsitter dtg masa cuti.
depa ni asal kerja dgn petshop. tp tengok kos boarding meow pun mahal kat petshop, jd depa offer dtg bersihkan tempat kucing, bg mkn ubat, mandikan meow kat rumah.
skrg semua dah jd tokey.. brg semua owner meow.. depa dtg bersihkan je.
ada org caj ikut sangkar.. ada yg caj ikut berapa ekor meow |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Amenda ni?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bijak budak muda sekarang cari rezeki. Takde memilih kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 12-7-2022 09:28 AM
Bijak budak muda sekarang cari rezeki. Takde memilih kerja.
idok la...najis ayam 11 inci msh menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
sbb dari zaman firaun lagi kucing sudah memperhambakan manusia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
siapa kata malaysia takde kerja? rakyat malaysia aje pemalas...asyik dok tengok gambar janda aje... |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 12-7-2022 08:48 AM
Kenapa manusia jadi hamba kpd kucing?
ada je kucing yg kena jd hamba abdi buruh paksa kepada manusia. nak makan sedap kena melacur, beranak, dan dirampas anaknya nnt. jgn berani sakit berat nnt kena buang sbb mkn modal nak jaga tapi tak generate duit utk bewak pemalas
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk jenis kucing jugak.
kalau jenis maincoon twinkle twinkle little star
i ok je. best ooooo bela maincoon
ajak tgk moon tgk sun tgk thunderstorm
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 13-7-2022 08:40 PM
i jnis pengeli tp sbb i suka kucen
i blh jer hadap taik kucrn
sabtu aritu bawak kucing balik klntn..dia poo poo weh dlm keta..masa tu br gerak xsampai sejam..kira belum sampai gombak..kena carut ngn adikk i..singgah rnr cuci..tp i xmrh pun kucen itu sbbnya dia xsempat poo poo..lgpun letakk pampers tu ..so just buang pampers jer..
.pdhl bgn kul 4 pg suruh dia poo poo siap siap..
arini bawak balik kl..sibaikk xpoo poo.. arini xjem..smooth.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|