View: 7179|Reply: 135
|
[Tempatan]
Anak yang nak kawin ibu bapa pulak yang 'over'.
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Bagi setiap pasangan bakal berkahwin pasti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya apabila perlu dijalankan dalam suasana mewah, namun ada segelintir ibu bapa yang mempunyai kehendak melampau sehingga menyusahkan dan membebankan anak mereka.
Pengalaman ini menjadi satu ketakutan buat seorang bakal pengantin apabila dia memaklumkan ibu bapanya memaksa dirinya membuat pinjaman peribadi untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan yang dirancang.
Perkara itu dikongsikan menerusi portal Malay Wedding di Twitter dengan memuat naik hantaran yang dibuat oleh bakal pengantin tersebut.
“Saya bakal berkahwin hujung tahun ini, dari awal lagi saya dah cakap saya tak nak buat majlis sebab saya dan pasangan hanya kumpul duit buat nikah sahaja.
“Ibu bapa saya paksa nak buat majlis dan majlis pula kena ikut ‘tekak’ mereka yang menjadi masalah sekarang adalah duit,” katanya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila wang hantaran yang diterima pada awalnya ingin dijadikan simpanan bagi menampung perbelanjaan selepas berkahwin, namun dipaksa ibu bapanya untuk digunakan semata-mata demi menjayakan majlis perkahwinan idaman mereka.
“Ibu bapa selalu tekankan bahawa wang hantaran untuk kegunaan majlis, saya rasa marah sebab wang itu saya simpan untuk kegunaan kehidupan selepas berkahwin.
“Segala persiapan untuk majlis, ibu bapa saya urusakan tanpa maklumkan kepada saya, dan mereka hanya tahun minta duit sehingga paksa untuk buat pinjaman peribadi,” luahnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/07/12/anak-dipaksa-buat-pinjaman-demi-majlis-mewah-kehendak-ibu-bapa/
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi kat kawan adik, dia nak kawen hujung tahun nie kot....kawan adik, bakal pengantin lelaki nak buat majlis simple jer, budget jemputan dlm 100 org jer. Tapi parents nak jemput 1000 org, tapi takmo sponsor pulak. Bakal pengantin lelaki umur 25-26, dah beli rumah. Ingat nak save duit skit dgn buat majiis kecilan jer. Tapi parents plak memening kan kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
utu aku ckp byk benda di buat2..parents yg over. kan senang mudah dan permudah. yg penting berkat. dah tua2 pon bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg bodo mak bapak sekarang..
Anak hidup cukup2 makan pun beriya suro buat pinjaman utk join mlm or piramid sceme..
Xpun sibuk suro kawin.. kalau da kawin beranak pinak tiap tahun..
Dia ingat cucu2 nak bg makan pasir ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam kakak2 iols, mak ayah iols yg sponsor.. jadi suka hati la mak ayah iols nak majlis macam mana nanti. Tu pun ada orang kata membazir dekat mak ayah iols. Yang pasti yg lata membazir tu la bungkus lauk siap2 walaupun orang ramai lagi. Jemput 1000 orang, sekali yg sampai lebih dari tu & terpaksa masak lain.. alhamdulillah. Semua majlis berjalan lancorrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
kehidupan selepas kahwin perlu duit yang banyak.. masa kawin tu ikut kemampuan jer dah cukup, lebih-lebih bermasalah pulak kehidupan lepas kawin sebab kena bayar hutang perbelanjaan kawin pula.. tak sesuai lagi2 keadaan sekarang semuanya mahal susah nak dapat kerja.. |
|
|
|
|
|
|
|
ahhh kdg yg jenis hipster bajet kaya pun sama naik je betina jantan xsedar diri ni
acah2 nk simple konon
pastu konon salahkan makpak nk majlis grand
padahal kau yg nak
ckp cmtu dgn harapan ada yg nk sponsor ke apa bbnu celaka ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan i dulu bagi tau mak dia nak kahwin tapi tak nak tunang.. Mak dia jawab, tak tunang nanti orang ingat kahwin sbb kena tangkap basah.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila anak dah meningkat dewasa ni, i pulak rasa risau... Risau bakal besan mintak hantaran berbelas puluh ribu pulak... Kesian anak i nanti, nak menyenangkan mak bapak orang lain buat kenduri besar-besaran 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin Masa pkp jimat..sebb Tak dibenarkan buat majlis...so accept buat yg wajib n berjimat |
|
|
|
|
|
|
|
kalau akulah, mak pak takyah la masuk campur sgt urusan kenduri kendara tu
yg penting ijab kabul dan kenduri doa selamat
jemputan more kpd sedara mara & jiran tetangga tak lebih 100 org
sbb lepas kawen anak akan berada di fasa lain, byk duit yg mereka perlu dahulukan
masa aku kawen dulu pun aku combine ngan abg sulung, sbb taknak susahkan parents buat byk kenduri
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa rate makan se kepala sekarang?
Bagus bakal pengantin ni
Seadanya planning utk nikah
Fokus hidup lepas kawin tp clash dgn kehendak parents pulak huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
ramai mak bapa sekarang sudah cerdik. tanya kepada anak nak buat majlis atau tidak? nanti x perlu mengungkitx2.
|
|
|
|
|
|
|
|
makpak selalu gunakan majlis kawen sebagai reunion dengan kekawan atau sedara mara jauh  |
|
|
|
|
|
|
|
mesti mak bapak tu nak 'berjoget pak maon'..tu yg beriya sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 12-7-2022 12:56 PM
makpak selalu gunakan majlis kawen sebagai reunion dengan kekawan atau sedara mara jauh
ia benar...bak kata bapa 'umbrella academy'....2 perkara akan menyatukan seluruh keluarga:
1.majlis perkahwinan
2.majlis pengebumian |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 12-7-2022 03:31 AM
Bila anak dah meningkat dewasa ni, i pulak rasa risau... Risau bakal besan mintak hantaran berbelas ...
Rasanya nak kawen sekarang ini 25k kena ada dalam tangan juga la kak. Tengok macam tu la rate kawin zaman sekarang. Tu pun bukan boleh buat mewah2 dengan kos begitu . Sederhana ja dengan jemputan beberapa ratus orang ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa iolls tanak tunang sebab malas, mak iolls cakap tunang la. Merasa bertunang dan jadi tunangan. Actually duit takde masalah pon, cuma iolls malas. Masjlis2 ni, ada duit buat je ikut kemampuan. Takde duit, just bagi je BIG NO!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|