CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 3

[Tempatan] China bersedia import lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika Malaysia

[Copy link]
Post time 13-7-2022 12:49 AM | Show all posts |Read mode

China bersedia import lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika Malaysia



PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Luar China Wang Yi di Perdana Putra hari ini IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI


  • Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
  • 12 Julai 2022, 8:19 pm












KUALA LUMPUR: China memberi jaminan dan bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dan buah-buahan tropika dari negara ini.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, langkah itu antara perkara dalam mengembangkan hubungan kedua-dua negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Katanya, ia juga memberikan kesinambungan baharu kepada Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara dalam era baharu ini yang dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama.

“Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), beliau hidangkan kuih (berinti buahan) yang mana sangat sedap dan mengagumkan saya,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat dua hala bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, di sebuah hotel, di sini.

Dalam pada itu, Yi memaklumkan, usaha sedang diambil bagi membolehkan pelajar Malaysia kembali ke China untuk menyambung pengajian.

Katanya, perkara itu bagi membolehkan pelajar di negara ini dapat terus mencapai impian mereka.
“China juga akan menggandakan kemampuan menyokong projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan kawasan pembangunan yang sejajar.

“Kami juga membincangkan untuk menyiapkan projek tersebut supaya sambungan dari China, Laos dan Thailand itu kerana kita sebenarnya boleh memudahkan penghubungan dengan projek itu.

Jelas Yi, beliau juga mengharapkan rakyat di kedua-dua negara dapat melawat antara satu sama lain, memandangkan keadaan ekonomi yang semakin terurus. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 01:14 AM | Show all posts
apa cerita ya kapal2 diorang yang cikcur kat LCS tu? masih bergentayangan di situ lagi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ka deme masih kuarantin, cek kobid apa sumer bagai? Rakyat deme pun susah nak balik ke negara sendiri..

Jelas Yi, beliau juga mengharapkan rakyat di kedua-dua negara dapat melawat antara satu sama lain, memandangkan keadaan ekonomi yang semakin terurus
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah klu mcm tu mesia blh eksport byk2 buah2an kesana..jgn lps ni buah2an mesia rege melampau2 cam musang king..mentang2 nk pasarkn ke negara luar x memasal rakyat sendiri nk mkn pon ssh rege jd mahal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059782 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list