CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3196|Reply: 53

[Tempatan] huhuhu...Wanita buat komediri didakwa pagi ini

[Copy link]
Post time 13-7-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Wanita buat komediri didakwa pagi ini




KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menghina Islam dalam program dianjurkan sebuah kelab komedi tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini dan dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Suspek berusia 28 tahun memakai kot hitam dan baju kuning itu tiba jam 9 pagi tadi dengan bergari, sebelum diiringi dua anggota polis dibawa masuk ke mahkamah.

Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk merakam video serta gambar wanita itu.

Teman lelaki wanita berkenaan berusia 38 tahun pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman empat hari sehingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya serta direman tiga hari hingga tempoh sama.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu yang mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).



Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga menyatakan sedang menyiasat video itu, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara secara serta-merta lesen kelab komedi itu susulan tular video berkenaan.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ri-didakwa-pagi-ini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2022 10:17 AM | Show all posts
Wanita tular hina Islam didakwa pagi ini


SUSPEK dibawa oleh pegawai PDRM untuk pertuduhan kes menghina agama Islam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin

Kuala Lumpur: Wanita yang tular di media sosial selepas dikatakan menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini, untuk pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Suspek berusia 28 tahun yang memakai baju kot berwarna hitam tiba pada 9 pagi dalam keadaan bergari dengan diiringi beberapa anggota polis dibawa masuk mahkamah.

Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah itu seawal jam 7.30 pagi tadi untuk merakam video serta gambar wanita terbabit.

Teman lelaki wanita berkenaan, 38, pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman selama empat hari hingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya serta direman selama tiga hari.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu yang mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga memaklumkan pihaknya sedang menyiasat video itu, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara serta-merta lesen kelab komedi itu susulan tular video terbabit.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... am-didakwa-pagi-ini

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:18 AM | Show all posts
umur 28 tahun, andartu junior, menyusahkan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sesaje provokasi nak migrate luar negara cara mudah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:24 AM | Show all posts
Kemain dia hala muka ke kamera.lihatlah Dunia!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukalah dia kan! Famous lepas ni
Motip pixilated kan muka dia Lebih drpd muka org dah tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Datang bandar terus culture shock ke kak? Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:26 AM | Show all posts
dia cakap tgh study law kan aritu..
tak pasal pasal tak boleh practice nnti.. ada rekod jenayah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 10:27 AM | Show all posts
ifanonline replied at 13-7-2022 10:18 AM
umur 28 tahun, andartu junior, menyusahkan masyarakat

26 rasanya.. ada lg 2 tahun to join the club..
tp tu la, andartu2 pun, dah merasa byk hotdog
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:30 AM | Show all posts
xy_daen replied at 13-7-2022 10:22 AM
Ni sesaje provokasi nak migrate luar negara cara mudah

khen.. cara mudah nak minta suaka..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pepagi ni, aman2 jah mencekik pancake.
Kau pepagi dah kena charge kat mahkamah
Begitulah jalan hidup org yg berakal, dgn jalan hidup org yg berotak tanpa akal
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:33 AM | Show all posts
kecik kenet ja orangnya, mcm orang pygmy yang berDNA jawa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:36 AM | Show all posts
awanysss replied at 13-7-2022 10:27 AM
26 rasanya.. ada lg 2 tahun to join the club..
tp tu la, andartu2 pun, dah merasa byk hotdog

Suspek berusia 28 tahun memakai kot hitam dan baju kuning itu tiba jam 9 pagi tadi dengan bergari, sebelum diiringi dua anggota polis dibawa masuk ke mahkamah.


baca la betul2...andartu junior tu...

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 13-7-2022 10:24 AM
Kemain dia hala muka ke kamera.lihatlah Dunia!

Kan.  X de tunduk2.  At this stage pun, dia rasa x ada buat salah and nothing to be ashamed of.









Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba sheols jadik cameo dalam filem Namewee.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:39 AM | Show all posts
semoga mendapat hukuman yg setimpal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 13-7-2022 10:24 AM
Kemain dia hala muka ke kamera.lihatlah Dunia!

Kannnn…nasib pakai mask tu
Kalau x bleh tgk kembang idung dia, bangga gila parade dpn reporter semua
Semoga kembali je jln yg benar la dik
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 11:16 AM | Show all posts
kat dalam mahkamah berani x tanggal baju? x anggap mahkamah mengongkong ke bila kena pakai sopan masuk mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 11:35 AM | Show all posts
I rasa sheols ni genuinely unstable dari segi mental. Bukan dibuat2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 11:39 AM | Show all posts
tak ada hal cari hal.. lantak kaulah labu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.116682 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list