View: 1391|Reply: 15
|
Wanita Buka Baju Hina Islam Mengaku Tidak Bersalah, Dilarang Muat Naik Sebarang Kenyataan Di Media Sosial
[Copy link]
|
|
Wanita yang didakwa menghina Islam ketika persembahan komedi berdiri baru-baru ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.
Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan itu dihadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakah persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.
Foto: mStar Online
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.
Terdahulu, Siti Nuramira tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan berbaju kuning dan berjaket hitam serta kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke lobi utama mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.
Hakim Siti Aminah menetapkan wang jaminan RM20,000 serta dilarang untuk memuat naik sebarang kenyataan di media sosial.
Tertuduh juga perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 15 Ogos 2022 dan pasport perjalanan antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Siti Nuramira diwakili peguam, R. Sivaraj Retinasekharan, Ramesh N. P. Chandran dan Datuk Shaharudin Ali.
Pendakwaan pula dilakukan oleh pendakwa raya, Najihah Farhana Che Awang.
Pada Sabtu lalu, video memperlihatkan wanita itu bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat.
Sebelum itu, ketika Siti Nuramira naik ke pentas, dia memperkenalkan dirinya selain mengaku seorang wanita Melayu Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.
Akibat tindakan itu, wanita itu dan teman lelakinya, Alexander Navin A/L Vijayachandran direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
muka nyerongen ajee. lgsong tak rasa bersalah. bila hati sudah hitam. tiberhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Belah kanan kemeja putih tu polis kakpeng ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tompang tanya,
Macau scammers tu suma bila nak tangkap? Dok buang masa dengan perempuan ini dah mengapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Adan uker..kalo diam diam nikmati hidup spt warga urban bangsar x boleh ke..nak jugak limelite...ni makan dia |
|
|
|
|
|
|
|
dapat boipren gelap, mmbuatkan hatinya pon jd gelap... bod*h... |
|
|
|
|
|
|
|
Jijiknya pompuan ni, sama jijik mcm siti belon |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak duit bayar lawyer? Duit jaminan mana dia cekau? Geng swingers chip in ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x pakai mask tu mesti nampak dia menyeringai sampai ke telinga |
|
|
|
|
|
|
|
ice98: dapat boipren gelap ...
Tak baiklah cakap macam ni. Habis tu dapat BF orang putih macam Trump tu better kot?
Ustaz Farid Ravi pun gelap, takkan siapa2 ada kaitan dengan dia hati jadi gelap?
Sayyidina Bilal bin Rabah r.a. pun gelap dan Allah janjikan jannah.
Tak perlu kot babitkan warna kulit. Orang melayu bukan semua putih melepak atau putih kuning langsat pun. Ramai je yang kelam. Be color blind. |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 13-7-2022 01:48 PM
Adan uker..kalo diam diam nikmati hidup spt warga urban bangsar x boleh ke..nak jugak limelite...ni ...
Warga old bangsar tak macam ni ye.
Family in law aku duduk jalan Bangsar, aman je g solat berjemaah kt masjid, lepak makan briyani madu Mahbub, beli brg basah kt TMC.
Yg acah-acah urban ni biasanya culture shock, orang kampung baru duduk bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
basicnya wajah kau.
bukak2 baju atas pentas tapi muka basic, tak kelakar dan tak sexy pun dek.
u make a fool of yourself sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
baca kat twitta dia & pakwe dia suka share tips bersetubuh. karangan lucah apatah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
aku teka sebelum dia naik pentas tu
dia ada amik sesuatu yg buatkan wayar2nya putus |
|
|
|
|
|
|
|
Semua scammer termasuk Love Scammers, Parcel Scammers pun patut tangkap sekali, bukan Macau Scammers aje.. Kalau anggota-angggotanya warga asing baik dihantar pulang dan disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
kan,kebanyakan yg acah2 ni mmg dari kampung,nk tunjuk sgt yg dia tu urban,padahal org bandar relek je duk diam2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|