View: 641|Reply: 3
|
[Tempatan]
Sarawak sedia bantu Indonesia bangun Nusantara
[Copy link]
|
|
Abang Johari bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam 'Singapore Business Delegation Networking' di Kuching pada malam Selasa
Sarawak sedia bantu Indonesia bangun Nusantara
2022-07-13T10:15:19+08:00
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan membantu kerajaan Indonesia membangunkan ibu kota baharunya yang dikenali Nusantara di Kalimantan Timur.
Beliau berkata kerajaan Indonesia telah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan bantuan Sarawak membangunkan Nusantara yang terletak kira-kira 400 kilometer (km) dari Kapit dan 500km dari Kuching. Perkara itu juga katanya telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semasa lawatan kerja beliau ke Singapura baru-baru ini.
"Perdana Menteri anda (Singapura) bertanya kepada saya mengenai Nusantara dan sama ada kami (Sarawak) akan membantu mereka (Indonesia). Saya jawap 'ya', Kerajaan Indonesia telah meminta bantuan (untuk membangunkan ibu negara baharu).
"Ia (ibu negara baharu Indonesia) hanya kira-kira 400km dari Kapit dan 500km dari Kuching. Untuk ke sana anda hanya perlu menggunakan perkhidmatan udara," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam 'Singapore Business Delegation Networking' di sini, malam Selasa.
Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) Chew Chang Guan, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Pengarah Persekutuan Perniagaan Singapura bagi Asia Tenggara dan Pasifik Tan Sock Hoo.
Abang Johari berkata Sarawak dan Singapura boleh bekerjasama membantu Indonesia membangunkan Nusantara kerana ia akan memberi banyak peluang ekonomi khasnya kerana kira-kira 30 juta rakyat Indonesia dari Jakarta bakal berhijrah ke wilayah baharu itu.
"Inilah masa depan kita, dan bagi Sarawak, kita mengalu-alukan siapa sahaja yang mahu berkolaborasi dengan kita. Mengambil kira Sarawak juga sedang menuju ke arah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Perancangan dan Pembangunan Nasional (PPN) Indonesia Suharto Monoarfa sebagai berkata proses pemindahan ibu negara baharu Indonesia akan dilakukan secara berperingkat mengikut visi panjang Indonesia 2045. Ibu kota baharu itu akan dimanakan Nusantara yang melambangkan Indonesia.
Pada 26 Ogos 2019, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan sebuah ibu negara baru akan dibina antara daerah pentadbiran Penajam Paser Utara dan daerah Kutai Kartanegara di wilayah Kalimantan Timur. Kalimantan Timur dengan keluasan kira-kira 125.337 kilometer persegi adalah wilayah Indonesia di timur pulau Kalimantan, yang juga dikenali sebagai Borneo dengan jumlah penduduk lebih sejuta orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalimantan macam sedap2 kulinari di situ tapi orang Sarawak bilang kotor? Sapa pernah pi Kalimantan?
Btw dulu aiol ingatkan Kalimantan tu hutan belantara la sangat ropanya maju membangun ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 13-7-2022 06:31 PM
Swak???..ada hati pulok nk bantu [email protected] maju Swak dulu la... |
|
|
|
|
|
|
|
Tup2 pi masok Indo pulak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|