CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 986|Reply: 9

[Tempatan] Bukit Sentosa dijajah oleh warga asing.

[Copy link]
Post time 13-7-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-7-2022 01:32 AM

Bukit Sentosa dijajah [METROTV][size=14.399999618530273px]Muhaamad Hafis
[size=14.399999618530273px]
[email protected]

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]58[/url]







Hulu Selangor: Bukan lagi golongan minoriti apabila kehadiran terlalu ramai warga asing pelbagai negara di Bukit Sentosa di sini, mengubah landskap kawasan itu menjadi tanah jajahan golongan pendatang ini.

Bukan hanya membabitkan isu kediaman, malah hampir semua sektor perniagaan dikuasai golongan ini yang mendominasi lot-lot kedai di kawasan berkenaan.

Salah seorang penduduk di Bukit Sentosa yang enggan dikenali berkata, kawasan itu pernah mendapat jolokan 'Little Karachi' apabila dipenuhi ramai warga Pakistan beberapa tahun lalu.

Menurutnya, pernah wujud perkampungan Pakistan yang dilengkapi sekolah dan kediaman namun bilangan warga asing itu berkurangan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan ke atas mereka.

"Namun kini keadaan semakin berbeza apabila lokasi kediaman itu turut dihuni warga Bangladesh, Rohingya, Nepal, Indonesia dan pelbagai warga asing dari pelbagai negara.

"Kehadiran warga asing di sini tidak ubah ibarat perkampungan asal mereka. Ia tambah meriah ketika cuti hujung minggu apabila kawasan ini dipenuhi warga asing yang berkumpul dan melepak di dataran berhampiran.

Tinjauan Warga asing yang bekerja dan ada yang memiliki perniagaan kedai runcit dengan menggunakan nama warga tempatan di sekitar Bukit Beruntong. FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL


"Mereka bukan hanya bekerja kilang, malah ramai yang mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai runcit dan kedai pakaian.

"Terdapat berpuluh kedai runcit dan pelbagai perniagaan lain dikendalikan warga asing. Saya tidak pasti sama ada mereka hanya pekerja atau pemilik namun berdasarkan pemerhatian. Saya mengesyaki pemilik lesen perniagaan warga tempatan menyewakan lesen itu kepada mereka," katanya ketika ditemui Harian Metro semasa membuat tinjauan di sekitar kawasan Bukit Sentosa di sini.

Menurutnya, kegiatan 'ali baba' dengan menyewa lesen perniagaan kepada warga asing menyebabkan golongan 'tauke pendatang' ini semakin bermaharajalela.

"Bukan hanya kedai runcit, malah mereka memiliki kedai menjual telefon pintar, bengkel membaiki kenderaan, kedai jahitan, premis membasuh kenderaan, kedai membaiki barangan elektrik dan pelbagai premis lain," katanya.

ANTARA kedai warga asing yang mengendalikan beberapa perniagaan seperti kedai runcit, kedai baju serta premis beg. FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL


Tiada papan tanda elak premis diserbu
Hulu Selangor: Tiada papan tanda premis perniagaan hampir di setiap kedai diusahakan oleh kumpulan warga asing di sekitar Bukit Sentosa di sini.

Malah, menguatkan lagi dakwaan premis itu dimiliki warga asing apabila ia dikendalikan majoriti golongan pendatang sepenuh masa.

Berdasarkan tinjauan dilakukan wartawan, hampir kesemua premis berkenaan menggantung lesen perniagaan dimiliki dan didaftarkan atas nama warganegara Malaysia namun disyaki disewakan kepada warga asing terbabit.

Wartawan yang melakukan penyamaran di kawasan itu mendapati warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan Pakistan mengendalikan beberapa perniagaan seperti kedai runcit, kedai baju serta kedai peralatan beg.

Bagi mengelak disyaki, wartawan turut menyamar sebagai pelanggan dan masuk ke dalam beberapa kedai runcit di kawasan itu.

Hasil pemerhatian dilakukan mendapati terdapat pekerja warga asing di kaunter kedai runcit dan di dalam kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.

Ada beberapa premis kedai runcit dikendalikan warga asing ini tidak mempunyai papan tanda khusus dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa.
Kehadiran ramai warga asing di kawasan itu selain permintaan terhadap barangan makanan dari negara asal menyebabkan perniagaan dijalankan mendapat sambutan.

Salah seorang pemilik kedai runcit dipercayai etnik Rohingya turut mendakwa ibunya adalah warga Malaysia berasal dari utara tanah air.

Dia yang fasih berbahasa Melayu itu turut menjual barangan runcit termasuk minuman dan makanan diimport dari Bangladesh dan Myanmar.
Untuk rekod, Jabatan Imigresen Putrajaya sudah menyerbu premis kedai runcit di sekitar Bukit Sentosa di sini tahun lalu.

43 premis disyaki disewakan kepada warga asing
Hulu Selangor: Tindakan pembatalan lesen akan dilaksanakan mengikut Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 sekiranya benar pemegang lesen menyewakannya kepada warga asing.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd Hasry Nor Mohd berkata, pemantauan terhadap isu ini sudah dilaksanakan secara bersepadu bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Negeri Selangor dan juga Jabatan MPHS mulai 2019 lagi.

Menurutnya, daripada pemantauan yang dilaksanakan, sebanyak 43 premis disyaki disewakan kepada warga asing di kawasan Bukit Sentosa.

"Statistik dan pecahan aktiviti perniagaan yang dikenal pasti membabitkan tindakan terhadap 22 kedai runcit, pasar mini dan pasar raya, restoran (3), kedai jahit (2), kedai karpet (3), kedai perabot (2), kedai gunting rambut (3), kedai barang elektrik (1), kedai mencuci kereta (2), hotel (1), kedai pakaian (2), lain-lain (1) dan sekolah haram Pakistan (1).


"Daripada 43 premis ini, dua premis kedai runcit dibatalkan lesen perniagaannya kerana pemilik premis 'mengalibabakan' lesen dikeluarkan MPHS kepada mereka.

"Di samping itu, dua premis yang menjalankan aktiviti sekolah persendirian dan hotel bajet juga menghentikan perniagaannya sebaik sahaja operasi bersepadu dilaksanakan bersama PDRM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan agensi berkaitan ke atas premis itu," katanya kepada Harian Metro.

Mohd Hasry berkata, hasil pemeriksaan terperinci, pemilik premis perniagaan atau pemegang lesen membuat akuan bersumpah dan mengemukakan bukti kepada MPHS yang mereka sememangnya mengajikan ke semua pekerja asing berkenaan.

"Jabatan Imigresen juga dari semasa ke semasa membuat semakan dan pemantauan terhadap premis yang dikenal pasti ini.

"Sementara itu, pemeriksaan lesen perniagaan juga selesai dilaksanakan di kawasan Bandar Bukit Sentosa pada bulan Jun lalu," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 447 premis perniagaan dan perindustrian diperiksa dan daripada jumlah itu, 357 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Jika benar pemegang lesen menyewakan lesen kepada warga asing, tindakan pembatalan lesen akan dilaksanakan mengikut Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007.

"Seandainya pemilik premis masih meneruskan perniagaan di lokasi berkenaan, tindakan sitaan akan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 dan 38(1), UUK Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007," katanya.

LAPORAN muka depan Harian Metro.


Disiarkan pada: Julai 12, 2022 @ 5:00am





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa baca sampai separuh ingatkan memang tak salah di sisi undang2 bagi sewa perniagaan kat warga asing. Kemudian sampai part kena serbu ooooooh tak boleh rupanya.

Since sampai now berleluasa, maknanya tak cukup keraplah pihak berkuasa buat kerja.


Takkanlah kat seluruh kawasan tu langsung takde balai polis kan. Kalau ada takkan polis² bertahun tak pernah lalu langsung kedai2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 13-7-2022 05:40 PM

kita asing worang sangat cinta sama malezia..sini worang banyak bodoh..dia worang punya negara suka kita mau buat apa-asing worang la
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal nak hantar wakil bertanding pru je lagi. Mohon hantar sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Malaysia pendokong wawasan dunia tanpa sempadan.. bumi tohan ni sapa2 pun boleh cari rezeki tanpa halangan .. gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome to Malaslysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 06:56 PM | Show all posts
Rakyat Malaysia juga yg ali babakan lesen. Lepas tu orang salahkan kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:26 AM | Show all posts
nk salahkan diorang mcmna, dh warga tempatan sanggup sewakan kedai kat diorang? penguatkuasa pun x bertindak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 11:46 AM | Show all posts
Skuau replied at 13-7-2022 05:39 PM
kita asing worang sangat cinta sama malezia..sini worang banyak bodoh..dia worang punya negara suka  ...

dh agak dh
klu thread psl warga asing je mesti ada je ni


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-7-2022 11:46 AM
dh agak dh
klu thread psl warga asing je mesti ada je ni

benar..tak boleh melihat...kebodohan demi kebodohan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055488 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list