View: 2575|Reply: 25
|
[Tempatan]
Kita ada 15 sumber lain pekerja asing bukan Indonesia sahaja
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Malaysia masih mempunyai 15 negara sumber lain bagi pengambilan pekerja asing, meskipun Indonesia membekukan sementara kemasukan tenaga kerja negara itu berkuat kuasa serta-merta.
Demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika diminta mengulas mengenai keputusan terbaharu republik berkenaan.
"Kita ada banyak warga asing yang datang duduk bekerja. Negara sumber nombor satu adalah Bangladesh, dan kita ada 15 lagi negara sumber," jelasnya.
Indonesia beku penghantaran pekerja ke Malaysia serta-merta
Hari ini, Indonesia dilaporkan membeku penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam Memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan bahawa surat rasmi berhubung keputusan ini telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa.
Antara lain, langkah itu diambil berikutan penggunaan Sistem Maid Online (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan pekhidmat domestik Indonesia merupakan pelanggaran MoU yang ditandatangani pada 1 April lalu.
Mengulas lanjut, ujar Hamzah, kementeriannya mengambil serius dalam memastikan setiap tenaga kerja asing yang memasuki Malaysia mengikut syarat yang ditetapkan.
Malah ujarnya, penggunaan MOS dalam pengambilan pekerja domestik bukan hanya tertumpu tenaga kerja warga Indonesia, sebaliknya untuk kesemua 15 negara sumber.
"Saya nak maklumkan permohonan secara atas talian itu dah umumkan kepada dunia, boleh kita gunakan sistem online takkan ada orang kata tidak boleh sistem online. Kenapa pula? Ini sistem yang kita gunakan.
"Jadi ia bukan hanya untuk Indonesia tapi untuk semua warga asing datang (bekerja) yang perlukan visa boleh buat secara atas talian," jelasnya lagi.
Tambahnya, sistem MOS yang digunakan bertujuan memastikan setiap warga asing yang ingin bekerja di Malaysia mempunyai dokumentasi lengkap.
"Yang penting kepada semua untuk memahami bahawa, kita ingin memastikan semua tenaga kerja asing mempunyai dokumen yang lengkap jika mereka ingin datang dan tinggal di negara ini," katanya lagi.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembekuan-sementara-pekerja-indonesia-kita-masih-ada-15-negara-sumber-pekerja-asing-hamzah-370870
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin lah 15 negara seperti yang di beritahu ….tetapi yang paling sesuai bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah hanyalah pekerja dari Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya yakin urang Malaysia enda mau maid bangla.
Kan friskies eh @Friska kan. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa Malaysia xde home manager ??? yang ada degree dan terpelajar dan di latih untuk mengurus rumah
Rakyat Malaysia diutamakan untuk berkhidmat untuk rakyat Malaysia
sedangkan duta duta pun kita bawa orang Malaysia sendiri untuk bekerja di rumah VVIP
Kenapa hanya pandang duit sebab itu ko kebulur tenaga kerja low class people warga asing sehingga pendatang haram pun boleh ko buat dalih di ambil bekerja padahal penjenayah yg menceroboh negara kita .
pendatang haram bukan ruusan kita mereka sampai dalam keadaan bot rosak ke dalam keadaan kebulur nak mampus pun bukanlah urusan kita
orang politik yang jahanamkan negara kita
sedih betul fikir
tembak matilah siapa yg menjadi pengkhianat negara sangat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cina yg minat sgt guna mak indon senang kena peras banding pinoy. Takut laki skandal. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh system negara org yg kau sibukkan kenapa. Bgs bekukan kalau menteri sendiri pun nk langgar rules n regulation negara org, apatahlagi rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
instead of buat statement eksen gini, pak menteri dankerajaan xde rasa ke nak perbaiki hubungan dgn negara jiran pasal mou pekerja asing ni? nk kena ada pasukan jihad ke study apa yg patut dibuat? |
|
|
|
|
|
|
|
PATI tu bila nk angkut balik? |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe ada kaitan dengan kes kematian amah yang mana suspek pembunuhnya bebas |
|
|
|
|
|
|
|
ntah aku pun fikir gini. explain dengan eksen dalam media pulak tu... cuba buat perjumpaan dan bincang antara pihak atasan ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba slowly reduce intake pekerja2 dr Indon ni dan replace dgn negara sumber lain. Pekerja2 dlm construction tu, amiklah dr negara lain instead dr Indon. Bangla yg duduk lama mana kat sini pun, they remain as Bangla, beza dgn Indon. Bila dah duduk lama, masing2 cuba camourflage jadi Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Indon dah banyak kilang. Dia nak simpan rakyat dia jadi tenaga kerja murah di sana kot. Rakyat malaysia la kena panjangkan akal. Buat sistem baru untuk bibik tempatan ke, taska ke. Semua nak harap orang luar padehal bibik indon suka lari dari majikan dan rampas laki orang. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah Jokowi.
pandai dia jaga warga Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik la Syria elok sikit baka2 generasi akan dtg |
|
|
|
|
|
|
|
xpernah nk fikir diluar kotak menteri nih,
dulu2 elok je org tempatan kerja, skrg kenapa x boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Abahmung replied at 13-7-2022 09:11 PM
Mengada sgt la ko Indon caprut oii, ko tak nak hantar pun rakyat ko tetap berbondong bondong masuk sini. Datang cara haram atau berlakon jadi pelancong. Mampu ko nak sekat ? , income imigresen Indon pun dr duit makan suap. Ada ongkos nya bisa diatur dong. Itu sbb fees bawak masuk maid jd sampai 18 k, terpaksa suap sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya rakyat indon sendiri yg nak datang sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 14 negara tu tidak pula disebutkan. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tapi mampu ke nak bayar gaji dan sesuai ke sebagai maid kita??? filipina...thailand..china.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|