View: 3149|Reply: 27
|
Caj RM300 Untuk Ambulans, Uncle Kentang Dituduh Curi Dana Awam
[Copy link]
|
|
"ihak itu sengaja mahu menjatuhkan saya."
Demikian jawapan aktivis kemasyarakatan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang ketika mengulas isu kontroversi membabitkan dirinya yang dibangkitkan oleh seseorang yang juga terlibat dalam khidmat penyediaan van jenazah.
Kontroversi bermula apabila individu berkenaan mendakwa team khidmat ambulans yang dikendalikan Uncle Kentang lebih cenderung mengaut keuntungan dan berselindung di sebalik nama 'kebajikan' kerana mahu meraih sumbangan orang ramai.
Foto: via mStar
Isu tersebut semakin hangat dan menjadi buah mulut netizen selepas individu berkenaan memuat naik beberapa hantaran di laman Facebook.
"Time nak beli ambulans guna dana awam. Merayu ayat-ayat sedih untuk raih simpati dari orang Islam.
"Bila ambulans dah beli, dia buat macam harta sendiri. Nak guna kena caj. Tak boleh bayar duduk diam-diam. Mudah betul buat duit," demikian tulis individu berkenaan dalam satu hantaran di Facebook.
Turut disertakan bersama hantaran tersebut adalah tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi WhatsApp antara waris pesakit dengan team ambulans kendalian Uncle Kentang.
Foto: via mStar
Tampil menjelaskan isu berkenaan yang nyata memburukkan namanya, Uncle Kentang berkata ia adalah satu fitnah memandangkan perbualan WhatsApp tersebut hanya disiarkan separuh.
"Apabila waris pesakit minta perkhidmatan ambulans, pihak saya mintanya cari dahulu ambulans dari kawasan berdekatan iaitu Puncak Alam. Ini kerana kami dari Puchong.
"Dalam kes ini, kami juga beri beberapa nombor ambulans lain yang berdekatan untuk pihak waris hubungi dahulu. Dan prosedur operasi standard (SOP) kami juga, setiap panggilan kami akan tanya, adakah kamu mampu bayar atau mahu bantuan daripada kami.
"Kami selidik dulu latar belakangnya, perlu bantuan katil, kerusi roda atau oksigen atau tidak? Kamu asnaf atau tidak? Dalam kes ini, waris beritahu mereka bukan asnaf.
"Tujuan pertanyaan ini kerana nak elak orang salah guna kemudahan. Bayar pun kadar yang sangat minima. Tak pernah kami caj bayaran penuh," katanya kepada mStar.
Uncle Kentang turut memuat naik perbualan WhatsApp versi penuh di laman Facebook miliknya.
Foto: via mStar
"Apabila perkara ini diviralkan oleh pihak lagi satu dan sampai ke pengetahuan saya, saya cuba confront dengan waris pesakit.
"Saya boleh saman dia, tapi saya memilih untuk tak saman. Saya ada bukti iaitu perbualan penuh WhatsApp antara team saya dan waris pesakit.
"Saya tak pasti adakah dia (waris pesakit) sengaja sogok individu itu dengan berita palsu, atau individu itu yang tak siarkan perbualan penuh. Tapi bila saya confront, dia (waris pesakit) minta maaf kepada saya," ujarnya lagi.
Mengakui sedikit terkesan dengan penularan kontroversi berkenaan, Uncle Kentang berkata dia enggan mengambil tindakan lanjut kerana masih banyak perkara berkaitan kebajikan yang lebih memerlukan perhatiannya.
"Bagi saya, kita harus maafkan orang yang tak tahu dan bagi peluang kepada orang untuk insaf. Fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. Lebih-lebih lagi ajak orang memfitnah secara berjemaah.
"Subjek (waris pesakit) pun dah memohon maaf kepada saya tapi individu itu masih nak menegakkan benang yang basah. Itulah bahayanya berita palsu. Pengguna media sosial kena pandai, jangan terpengaruh dengan berita palsu.
"Dunia sukarelawan ini tak perlulah kita nak berlumba. Kita cari solusi terbaik demi bangsa dan negara. Sebab itu saya tak nak layan, cara saya adalah maju ke depan," ujarnya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu subsidi cmtu la. Hari tu ada satu parents ni nk buat checkup utk anak dia nk join pancaragam dkt mana tah. Aku sruh buat app dia salahkan aku pula ckp x semua org kaya boleh prgi swasta sbb bnda tu nk bsok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya go go uncle kentang, jangan layan perkara remeh-temeh, org tak faham atau buat2 tak fahan saja dok lelong isu2 mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
uncle kentang ni pro umno
macam biasalah.. kempen menjatuhkan dah mula |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk..ada caj ehhhh? Dulu macam dia letak kunci van mayat kat kedai mamak,sapa nak guna sila ambik..kalau takde duit isi petrol..call nanti dia isikan..gitu la yg aku baca. |
|
|
|
|
|
|
|
ya betul, sebelum ni kunci tinggal kedai mamak depan aeon big puchong utama
|
|
|
|
|
|
|
|
pearlspth replied at 14-7-2022 04:49 PM
ya betul, sebelum ni kunci tinggal kedai mamak depan aeon big puchong utama
eh...sudah tukar ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi Puchong - Puncak Alam adalah rm300?
Dan ambulans tu hanya utk org berdekatan Puchong saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Jd ambulance tu utk kegunaan warga puchong sahaja la? |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dia komen pasal ubah suai rumah flat/ teres tu .ai jadi kurang percaya kat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 14-7-2022 05:03 PM
eh...sudah tukar ka???
Ikutkan telegram edisi siasat...dia ni pun mesin basuh duit jugak..ntah ler..dunia penuh sandiwara..do re mi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau letak kunci kat mamak, tak kena bawak lari ke kenderaan tu.
Sedangkan kereta sewa pun ada penyewa yg pergi jual |
|
|
|
|
|
|
|
Mesin dobi jugak ni xde beza dgn EL, bacalah komen/pandangan doktor dan NGO lain. |
|
|
|
|
|
|
|
No such thing as a free lunch omputih cakap |
|
|
|
|
|
|
|
skrg nk derma / sumbangan pon jadi was2
cemana ni |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je aq xpaham dengan diaa nie kenapa erk diaa sibokk sangat sal orang islam?? Org yang sama agamaa dgn diaa, diaa xnak tolong ke? xnak mintak sumbangan kee?? |
|
|
|
|
|
|
|
CikYaYaYa replied at 17-7-2022 01:01 AM
Satu je aq xpaham dengan diaa nie kenapa erk diaa sibokk sangat sal orang islam?? Org yang sama agam ...
Org dia dana lain
Sesama diorg dana lagi besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 14-7-2022 04:39 PM
Aikkk..ada caj ehhhh? Dulu macam dia letak kunci van mayat kat kedai mamak,sapa nak guna sila ambik. ...
Ambulan dik bis....
Akk pun baca tadi....apsal dia tanya ada guna oksigen?....kan dah mayat, apsal nk oksigen lg....
Rupanya ambulance...ingtkn keta jenazah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata orang, lepas kantoi dengan yang sesama kaum dan agama, dia fokus pada melayu islam pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng sepet pun hentam dia. Pandai berlakon boleh jadi retis.
Melayu kan pemurah, sbb tu dia nak amik peluang kebaikan melayu.
Sunat kang baru tau! |
|
|
|
|
|
|
| |
|