View: 480|Reply: 0
|
[Tempatan]
Khayal dadah, merayau naik kereta dengan kekasih
[Copy link]
|
|
Khayal dadah, merayau naik kereta dengan kekasih
Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff (duduk tengah) pada sidang media selepas operasi bersepadu di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka, malam tadi. - NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
MELAKA: Ambil dadah sebelum merayau-rayau memandu kereta bersama kekasih.
Itu antara kesalahan dikesan dalam operasi khas bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini malam tadi.
Suspek yang baru berhenti kerja ditahan ketika menaiki kereta bersama teman wanitanya dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif ganja dan mengaku mengambil dadah itu ketika berhibur di pusat karaoke.
Ketika disoal siasat, dia juga memberi alasan keluar bersama teman wanita untuk membeli makanan sebelum pulang ke rumah di Masjid Tanah.
Dia antara enam lelaki, semua berusia 20 hingga 40 tahun yang ditahan sebelum didapati positif dadah dalam operasi berkenaan.
Sementara itu, Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata 920 kenderaan diperiksa pihaknya dalam operasi terbabit sebelum 332 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Menurutnya, sepanjang operasi selama empat jam berakhir jam 12 tengah malam semalam, 359 notis dikeluarkan dan 383 kesalahan dikesan terhadap pemandu kereta dan penunggang motosikal.
"Dari segi pecahan, kesalahan cukai jalan (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans paling tinggi direkodkan iaitu sebanyak 125 kesalahan, diikuti cermin gelap (92) dan tiada lesen memandu (75), manakala nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan lain-lain kesalahan masing-masing 34.
"Selain itu 17 kesalahan teknikal termasuk ubah suai kenderaan serta cermin retak selain enam kesalahan membawa lebih muatan turut direkodkan," katanya pada sidang media selepas mengetuai operasi itu.
Muhammad Firdaus berkata, tiga warga Pakistan dan Bangladesh turut ditahan JIM Melaka kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini, pasport tamat tempoh dan menggunakan lesen dari negara asal ketika operasi itu.
Menurutnya, kereta milik warga Pakistan terbabit turut disita bersama dua motosikal.
"Pihak PDRM turut mengeluarkan 43 notis saman atas pelbagai kesalahan kepada pemandu dan penunggang motosikal," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... reta-dengan-kekasih
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|