View: 4352|Reply: 37
|
[Tempatan]
Pemakaian inai celup berisiko tidak sah dibawa solat!
[Copy link]
|
|
Inai merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit serta pewarna untuk kain.
Dalam masyarakat Melayu, daun inai dihancurkan dan dipakai oleh pengantin wanita pada jari sebagai penyeri dan ada juga menggunakan inai bagi tujuan perubatan.
Disebabkan perubahan zaman, ada sahaja inovasi yang berlaku dan inai juga tidak terkecuali menerima tempiasnya apabila produk berbentuk inai celup diperkenalkan.
Misalnya, selebriti Neelofa mengeluarkan inai celup dengan jenama Nunha manakala Rozita Che Wan pula memperkenalkan inai celup dengan jenama Che Ta.
Inai jenama Nunha menghasilkan warna coklat dan segelintir pengguna mengibaratkan warna tersebut seakan-akan kesan apabila ‘kuku tersepit pada pintu’.
Manakala inai jenama Che Ta pula menghasilkan warna merah pekat dan Anas Zahrin meminta pengguna tidak membeza-bezakan warna kedua-dua jenama inai tersebut.
Dalam erti kata lain, pengguna bebas untuk memilih warna kesukaan dan keunikan warna ini adalah bersifat subjektif selain kurang sesuai untuk ‘dimomokkan’.
Namun di sebalik isu remeh mengenai warna inai celup tersebut, terdapat satu lagi persoalan besar pengguna mengenai tahap daya lekat inai celup berkenaan.
Antara soalan yang diajukan adalah mengenai status kehalalannya dan sekiranya seseorang wanita itu memakai inap celup dan perlu mengambil wuduk atau mandi wajib, adakah kawasan jari berkenaan boleh diresapi air.
Disebabkan masih ramai umat Islam terkeliru dengan terma ‘halal’ dan ‘sah’, terdapat dua penerangan yang harus difahami agar permasalah ini dapat dikurangkan.
Halal berkait dengan status hukum. Jika bertanya bagaimana menilai sesuatu produk itu halal, ia bergantung ke atas bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.
Sesuatu produk itu akan diiktirafkan halal menurut syarak jika diperbuat daripada bahan yang sumbernya halal, bersih, tidak mengandungi najis, bebas bahan kimia atau lemak haiwan seperti khinzir.
Sah juga termasuk dari segi hukum namun ia terguna pakai ke atas syariat atau pelaksanaan dan ‘sah’ serta ‘halal’ ini memiliki konotasi yang sangat berbeza.
Dalam erti kata lain, sekiranya inai celup itu diiktiraf halal kerana dibuat daripada bahan-bahan semula jadi, maka ia sah dipakai kerana air boleh mengalir pada kawasan yang diinai.
Biar pun inai celup itu diperbuat daripada kandungan yang halal namun bersifat kalis air dan tidak menyerap, maka ia berisiko (tidak sah) kepada tertib untuk mengambil wuduk atau mandi wajib.
Imam al-Nawawi dalam kitabnya, al-Majmu’ berkata:
“Apabila adanya di atas sebahagian anggota lilin atau tepung atau inai dan seumpama dengannya yang mana ia menghalang ke anggota, maka tidak sah taharahnya, sama ada banyak atau sedikit.
“Jika berbaki di atas tangan dan selainnya kesan inai dan warnanya tanpa ‘ainnya (zatnya) atau kesan lemak cair yang mana air akan menyentuhi kulit anggota dan air juga mengalir di atasnya akan tetapi ia tidak melekat (iaitu air tidak melekat pada kesan minyak di atas tangan), maka sah taharahnya.” [Lihat: al-Majmu’ jilid 1, hlm. 467]
Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi dalam fatwanya berkaitan hukum menghilangkan cat di kuku ketika berwuduk, beliau ditanya:
“Adakah wajib bagi saya menghilangkan cat kuku (jika jenis kalis air) ketika berwuduk?”
Maka Syeikh menjawab:
“Ya! Sesungguhnya engkau telah pun mengatakan ia adalah cat yang menghalang air daripada sampai ke kulit maka wajib engkau menghilangkan ketika mengangkat hadas kecil atau besar. [Lihat: Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah, hlm. 198]
Mengikut pandangan Imam al-Nawawi dan Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, jelaslah kita sebagai umat Islam harus melihat sesuatu perkara itu secara keseluruhan.
Jika kurang ilmu mengenainya sampaikan bila mahu gunakan terma ‘halal’ atau ‘sah’ pun masih mendatangkan kekeliruan, rujuklah pada pakar dan usah cuba menjadi pakar agama dalam media sosial.
Suara Merdeka
|
|
|
|
|
|
|
|
Simple dua dua produk aku tak bulo pakai.. kalo pakai inai.. amik jah dr pokok.. geleng pas tuu tepek.. udah siap |
|
|
|
|
|
|
|
aku pakai pewarna kuku tiapkali time "holiday"
xpernah xpakai
buat apa pakai inai mengarut melainkan yg daun di tumbuk tumbuk |
|
|
|
|
|
|
|
bab solat kena fikir panjang , jangan fikir nak lawa sahaja tp wudhuk xsah , solat xsah |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 15-7-2022 09:10 PM
Simple dua dua produk aku tak bulo pakai.. kalo pakai inai.. amik jah dr pokok.. geleng pas tuu tepe ...
Baca tadi ingatkan geleng kepala
|
|
|
|
|
|
|
|
mandi wajib x sah
|
|
|
|
|
|
|
|
berat nangg nanggg mungggggggggggg
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau ragu2, tinggalkan jela inai tu. Apa susah sangat fikir. |
|
|
|
|
|
|
|
yang pakai inai tu ingat cantik ke bila pakai? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 15-7-2022 09:54 PM
Baca tadi ingatkan geleng kepala
Tu laa dah bertaip baru sedo.. giling ke geleng.. oklaa gekeng pun geleng laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
So yg kasi kilat2 kuku tu ok?tak tp tak guna cat kuku..yg leh polish nail tu.. Bleh ke bawa solat? |
|
|
|
|
|
|
|
Akak kutip telor lipas tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
masa kecik..sekolah rendah pakai jgk inai daun tp selalu xjd merah mcm org lain..bethol ke jgn bg aym tgk..kalau ay tgk jd xmerah
pastu dh herlok herlok pakai mlm..tdo ngn tgn berinai..sedar wktu pg tgk kt jari dah tercavut inai..pastu nngis sbb jari adik i ada lg inai dia..huhu..
dh tua ni xmnt la nk berinai bagaii..rasa mcm kg.com..kalau utk time kawen tu ok la knn..
kita pakai kutex colour hitam sekali sekala.
..alah time xsolat blh le.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buruk la pakai inai.. tak kisah la yg tumbuk or yg jenis moden itam merah ceklat apa bagai tu.. yg jenis daun tumbuk tu dah pkai, nak hilang punya lama ikut proses kuku tumbuh sambil tu warna dia jadi sekerat2 kat kuku… siyes aku takleh brain tang mana yg lawa kuku kau rupa camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi jelah kedai nail salon upah dia pakaikan colour lawa2 kat kuku ngko.. baru 20-30hengget je kt bangsar tu… |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 16-7-2022 12:52 AM
Tak minat inai liquid2 ni... sememeh.. inai daun better.. tp still aku tak pakai jugak |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 15-7-2022 10:34 PM
yang pakai inai tu ingat cantik ke bila pakai?
Sis kenapa pakai profile pic negro sis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dianya begini, ape pun yg U pakai, sekiranya bahan tersebut 'menyaluti'/layered dn mencegah air terkena kpd kuku/kulit/rambut, maka mengangkt hadas besar/kecil tidak sah. Sementara inai daun, warna inai meresap ke dlm kuku dan lama kelamaan ianya akan hilang sendiri. Begitu juga dgn pewarna rambut, jika rambut diwarnakan dgn inai daun atau inai serbuk, keadaannya sama spt berinai kuku. Akan tetapi pewarna yg berwarna2, harus disemak dulu keadaan dn fungsinya. Halal boleh saja halal bila tidak bersampur dgn bahan 'haram' namun pemakaiannya adakah warna trs melapisi atau menyerap ke dlm rambut.
Seperkara lagi, saya pernah melihat gadis yg bertatu di lengan/tangan .......... bukan tatu kekal tapi tatu lukisan yg bertahan mungkin beberapa hari. Musykil, adakah tatu trs gunakan dakwat berminyak yg boleh awetkan lukisan buat sementara, kira2 boleh bertahan untuk beberapa hari. Dlm hati bertanya, mcmanelah gadis itu berwudhu? tak solat ke dia atau dia bertatu ketika haid. Tak pasti juga kalau ada pula inai hitam yg boleh digunakan untuk bertatu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang melayu dulu2 pakai inai bila jadi pengantin. Atau jika jari kaki atau tangan kena chagu, inailah obatnya. Arab baduwi pakai inai di sekeliling tapak kaki untuk mengelakkan kulit kaki/tumit pecah2 sebab mostly mereka tak berkasut di padang pasir. Pakai inai daun, kena pilih daun yg dah tua n kena campur sedikit gambir untuk nambahkan merahnya dn kena tampal untuk beberapa jam. Kalau sekejap tak akan merah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aii ada beli inai tiub dari kedai Arab .. aii nak pakai mlm ni nak tgk cantik ke tidak or setara Jahlope or CheTa punya inai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|