CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 788|Reply: 4

[Tempatan] Pakej Durian Tourism 2022, jom!

[Copy link]
Post time 15-7-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN: Tourism Malaysia menyasarkan menjual 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism mulai 1 Julai lepas hingga 31 Ogos ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

Zainuddin berkata pakej tersebut dijalankan di sekitar negeri wilayah utara dan pihaknya menyasarkan pulangan lebih RM100,000 kepada pengusaha agensi pelancongan yang menyertai program berkenaan.

"Antara pakej yang ditawarkan ialah Pakej 2 Hari 1 Malam bermula daripada RM290 seorang dan Pakej 3 Hari 2 Malam bermula daripada RM388 seorang dengan tempahan minimum empat orang bagi setiap pakej.

"Bagi merancakkannya, Tourism Malaysia turut menawarkan diskaun 10 peratus kepada pembeli pakej tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Pakej Durian Tourism 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata program itu bertujuan merancakkan semula aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selain membantu pengusaha dusun durian malah ia juga dilihat berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Zainuddin berkata bagi menjayakan kempen itu, Tourism Malaysia telah menjalin kerjasama dengan lima pengusaha pelancongan dalam membangunkan pakej durian yang menggabungkan elemen ekopelancongan, agropelancongan, arkeopelancongan dan pengembaraan lasak.

Beliau berkata lima pengusaha itu ialah Kurma Travel and Tours Sdn Bhd, Adventure360 Tours Sdn Bhd, Time Free Vacation Sdn Bhd, M.Maha-Izah Transport and Tours Sdn Bhd dan Asia Gateway Tours.

"Maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel," katanya.

Zainuddin berkata pihaknya dalam masa sama berharap lebih ramai pengendali pelancongan bukan sahaja di negeri wilayah utara malah seluruh Malaysia dapat terlibat dengan pakej seumpama itu.
-- BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 03:24 PM | Show all posts
#dengkike tersenyum sinisssss
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 03:27 PM | Show all posts
pasal doyan ni, selagi menga ikut timbang kilo, mmg idok lah meols nak suppork yach

padan muka penega2 doyan semeleysia.. merintih takde org nak beli... sbb rata2 budak2 skang tak makan doyan.. sbb apa..? sbb ye lah bila dah jadi benda premium, bukan smorang dapat belil maka ramai yg membesar tak makan doyan, tak dibiasakan dgn mkn doyan, so deme mmg tak minat doyan

hilang la 1,2 generasi pemakan doyan sbb benda ni kira kayangan.. yg rugi agak2 shiapa???
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tak selera makan durian tahun ni..sempat makan udang merah 2 kali je..tahun lepas merasa jugak musang king dengan D24 tapi tahun ni mmg ramai jual udang merah je
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tak beli sbb tak mampu, tapi saje tak nak cari penyakit . Musim demam flu selesema,  ni elok elakkan makan doyan. lagi pun famili aku tak minat sgt dgn bau buah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040515 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list