CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 2

[Tempatan] 19 mati dalam tahanan PDRM sejak Januari

[Copy link]
Post time 16-7-2022 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Sebanyak 19 kes kematian melibatkan tahanan di bawah jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sejak Januari tahun ini.

Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata sembilan kes yang direkodkan melibatkan kematian dalam lokap, lapan kematian di hospital dan dua dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata kes-kes kematian itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalan Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sejak penubuhan unit itu awal tahun ini (1 Jan 2022).

“Sebanyak 14 kes melibatkan kematian lelaki berbangsa Melayu, masing-masing satu kematian melibatkan lelaki Cina dan India dan tiga warganegara asing iaitu warga Myanmar (dua kematian) dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata daripada 19 kes tersebut, satu kes telah dituduh di mahkamah melibatkan empat suspek yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

“Satu kes telah dirujuk kepada pihak koroner dan 17 kes masih dalam siasatan,” katanya.

Noorsiah berkata semalam pihak PDRM telah mengadakan satu mesyuarat bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), bagi membincangkan perkembangan siasatan kes kematian dalam tahanan.

Menurutnya lawatan bersama Suhakam dan EAIC ke lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam turut diadakan bagi memberikan gambaran jelas cara pengoperasian lokap berpusat PDRM, yang turut disertai wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra).

Katanya kolaborasi PDRM bersama agensi-agensi lain merupakan sebahagian usaha bagi menangani isu-isu kematian dalam tahanan atau jagaan polis, dan pada masa sama menunjukkan keterbukaan serta ketelusan PDRM dalam pengurusan tahanan.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena keronyok dlm tu.dah lama org mintak letak cctv..tp polis x nak..patut balai semua tempat ada cctv...ada kes tu dlm balai boleh rogol...ehh babi bethol
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Amek lg mat rempit jd polis. Polis cepat koyaj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.033888 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list