Dedah Muszaphar, anak-anaknya terpaksa menggalas beg yang seberat 5, 5.5 dan 6.5 kilogram (kg) ke sekolah.
Angkasawan Malaysia pertama ini menekankan bebanan yang dipikul itu tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana boleh memberi kesan buruk pada masa hadapan.
Bagaimana ia boleh menjadi begitu berat pada badan rapuh yang semakin membesar itu? Pastinya tidak sihat untuk jangka masa panjang. Kasihan anak-anak.
PIBG & pihak sekolah kena bantu
Di ruangan komen, doktor bedah ortopedik menegaskan ini bukan soal manjakan anak tetapi lebih kepada mengutamakan kesihatan.
Rata-rata golongan ibu bapa bersetuju selain turut berkongsi pengalaman anak masing-masing.
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar
https://ohbulan.com/video-dr-sheikh-muszaphar-terkejut-tengok-berat-beg-sekolah-anak-anak-cecah-hampir-tujuh-kilogram