CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1067|Reply: 10

[Tempatan] Bini positif dadah, bunuh suami guna objek tumpul

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai mati dipukul isterinya dalam kejadian di Taman Daya, Johor Bahru hari ini.


Bini positif dadah, bunuh suami guna objek tumpul

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan isteri dan ibu dua anak yang dipercayai membunuh suaminya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, di sini hari ini positif dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 36 tahun mengambil bahan terlarang jenis methamphetamine dan amphetamine.


Berita berkaitan : [Tempatan] Lelaki Ditemui Mati, Dipercayai Dipukul Isteri Sendiri

Menurut beliau, siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai membunuh suaminya dengan memukul bahagian kepala menggunakan objek tumpul.

“Suspek yang ditahan pada pukul 9.15 pagi di kawasan berhampiran memiliki dua rekod kes dadah dan satu kes jenayah.

“Hasil siasatan awal, kita percayai wanita itu membunuh pasangannya kerana berada di bawah pengaruh dadah.

“Polis masih mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Raub memberitahu, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.50 pagi selepas mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak bernyawa di dalam sebuah rumah.

Menurut sumber, suspek ditemui dalam keadaan kakinya terikat dengan kesan lebam di bahagian kanan muka. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -guna-objek-tumpul/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mengesahkan...kemudian dipercayai....???????
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 16-7-2022 11:44 AM
mengesahkan...kemudian dipercayai....???????

Cuba explain sikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak sambung je dlm thread yg ada? Dia sendiri yg bukak thread tu, pastu bukak lagi thread ni.

LEMAH
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 16-7-2022 12:14 PM
Cuba explain sikit

kalo dh sah@'mengesahkan'..xyh la 'dipercayai'(@msh ragu2/x pasti).
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 02:27 PM | Show all posts
jauhilah perempuan psycho

terutama jenis yang kuat bikin cerita

tak pasal2 nanti dia tuduh korang nak ngorat dia.. bila kita tak layan, nanti dia tuduh kita nak rogol dia pulak.. bahaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 16-7-2022 01:02 PM
Kenapa tak sambung je dlm thread yg ada? Dia sendiri yg bukak thread tu, pastu bukak lagi thread ni. ...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5052612&extra


Eh, iye lah
Ambik meth jgk ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 16-7-2022 02:27 PM
jauhilah perempuan psycho

terutama jenis yang kuat bikin cerita

Teringat Amber Heard hanat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina pun ada amik dadah juga rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia kecik2 lagi kan.. kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 16-7-2022 03:44 AM
mengesahkan...kemudian dipercayai....???????

Perkataan mengesahkan tu rujuk part polis sahkan suspek tu positif dadah je rasanya. Perkataan dipercayai tu pulak utk part membunuh.

Kes bunuh masih dlm siasatan, mungkin sbb tu terma 'dipercayai' diguna dek polis. Cam kes urine, lab report dah kuar kot, sbb tu polis boleh 'mengesahkan' saspek positif meth & amphetamine.

Dua perkataan rujuk kat 2 benda berasingan, gitula yg aku faham...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043917 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list