View: 574|Reply: 2
|
[Tempatan]
TNB bukan punca kelewatan serahan kunci Projek Taman Seri Molek Perdana
[Copy link]
|
|
TNB bukan punca kelewatan serahan kunci Projek Taman Seri Molek Perdana
PANGSAPURI Taman Seri Molek Perdana. FOTO Ihsan SPNB
Johor Bahru: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyangkal dakwaan menjadi punca kelewatan serahan kunci projek perumahan Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Plentong di sini.
TNB dalam kenyataan hari ini berkata, dakwaan kelewatan itu tidak benar sebaliknya ia adalah berpunca daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sendiri.
Menurutnya, pertemuan sudah diadakan dengan SPNB pada 14 Julai lalu bagi mendapatkan penjelasan.
"SPNB memohon maaf atas kesilapan perkongsian maklumat kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
"Mereka menyatakan punca kelewatan serahan kunci sebenarnya akibat masalah dalaman dengan pihak kontraktor utama projek lantikan SPNB.
"TNB mencadangkan SPNB berbincang semula dengan kontraktor berkenaan supaya dokumen yang perlu berserta deposit dapat dimajukan kepada TNB secepat mungkin.
"Ia bagi membolehkan pemasangan meter elektrik untuk projek rakyat ini dilaksanakan dengan kadar segera," katanya menerusi siaran media hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Harian Metro bertarikh 12 Julai lalu.
Lebih 900 pembeli kediaman pangsapuri kecewa apabila rumah yang dibina sejak 2010 gagal diserahkan kepada mereka.
Sesetengah pembeli sudah membayar pinjaman perumahan itu kepada pihak bank sejak 2014.
Malah segelintir pula terpaksa menyewa rumah lain, berikutan masih tidak diserahkan kunci rumah yang dibeli di projek Perumahan berkenaan.
SUMBER:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -seri-molek-perdana
|
|
|
|
|
|
|
|
pamgsapuri ni sebelah pencawang TNB je kan |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|