Harga minyak masak tak bersubsidi turun hujung bulan ini
KOTA BHARU: Kerajaan menjangka harga minyak masak tidak bersubsidi turun dalam tempoh dua minggu susulan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.
Pengerusi Pasukan Jihad Tangani inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya mengadakan perbincangan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengesyorkan supaya ia dilaksanakan segera dalam masa terdekat iaitu dalam tempoh dua minggu selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak kelapa sawit pada Selasa lalu.
"Kita juga bersetuju membuat semakan harga secara mingguan jika pelaksanaan penurunan nilai ini dilakukan segera. Inisiatif terbabit diambil bukan untuk memaksa mana-mana pihak, sebaliknya berharap industri berkenaan lebih bertanggungjawab.
"Jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah ini sebab akhirnya syarikat juga yang akan menentukan. Pada masa sama, saya berterima kasih kepada persatuan pengeluar minyak yang bersetuju dengan cadangan menyegerakan penurunan harga.
"Pasukan kami akan terus meneliti langkah perlu dilakukan bagi menangani inflasi dalam negara dan tidak akan membiarkan situasi berkenaan berlaku terlalu lama demi kebaikan bersama," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan harga barang di Pasar Ketereh, di sini, hari ini.
Annuar berkata pihaknya mengadakan perbincangan bersama MPOB dan MPOC serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata inflasi yang sedang dihadapi kini sudah diduga kerana ia berlaku secara global.
"Antaranya adalah kerana pasca COVID-19 yang mana semua aktiviti berjalan semula dan permintaan pelbagai industri meningkat, tetapi pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.
"Selain itu, apabila berlaku peperangan antara Ukraine dan Russia, urusan perdagangan dunia turut terjejas menyebabkan berlaku kenaikan harga barang di seluruh negara.
"Inflasi ini berlaku bergantung kepada dasar kewangan dan monitori polisi negara tertentu terutama negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, sekali gus menyebabkan dagangan dunia berubah," katanya.
Annuar (dua kanan) meninjau harga barangan makanan di sekitar Pasar Tani di Pasar Ketereh hari ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Post time 17-7-2022 11:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Memang vavi sgt kerajaan skrg ni..minyak 5kg RM42..myk paket x de jumpa dah..kesian kot kat org yg ssh duk kg..keje kg..naya kat org..pdhal sawit produk sendiri..klu gandum naik rege blh la hadam jgk..nk tipu2 rakyat igt kitorg duk zimbanwe ke?? Senang2 nk diperbodohkan!!!igt kita ni x tau permainan politician ni semua!!
Post time 17-7-2022 12:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rosmahisham replied at 17-7-2022 11:42 AM
Memang vavi sgt kerajaan skrg ni..minyak 5kg RM42..myk paket x de jumpa dah..kesian kot kat org yg s ...
Masaalahnya skg ni penduduk2 kt kg sempadan siam tu yg duk pulun pi seludup kt sana..duit tax rakyat msia selama ni digunakn utk tampung hidup rakyat asing. Yg bangsat ni diorg lah, sb dlm kepala hotak diorg tu tak berdosa pun buat keje2 seludup. Diorg ni patut ditembak aje.
Post time 17-7-2022 04:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rosmahisham replied at 17-7-2022 11:42 AM
Memang vavi sgt kerajaan skrg ni..minyak 5kg RM42..myk paket x de jumpa dah..kesian kot kat org yg s ...
Itu lar pasal
Terasa sangat2 bila beli barangan keperluan dapur bila harga melambung naik especially minyak masak botol
Gomen kalau perkara2 yang beri impak besar kepada rakyat tak boleh nak di tangani segera so secepatnya dissolve parliament
Post time 17-7-2022 05:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Barokah Indonesia haramkan eksport minyak kelapa sawit, terus Malaysia jadi pengeksport minyak kelapa sawit nombor satu dunia untuk kegunaan 7 biliyon penduduk dunia