PENGACARA dan pelakon sensasi bermulut lantang, Azwan Ali memberi bayangan dirinya ‘dilamar’ Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menjadi calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA tidak memaklumkan lebih lanjut dan hanya mengesahkan sekali lagi bahawa dirinya akan bertanding sebagai calon bebas buat masa sekarang.
“Diva AA confirmed bertanding kerusi parlimen #PRU15 at now? Calon bebas…
“Walaupon ada ‘proposed’ Diva AA masuk parti Pejuang! what say you?,” tulisnya menerusi Instagram.
Dalam hantaran berasingan, Diva AA turut berkongsikan foto yang didakwanya bersama bekas Setiausaha Peribadi Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohammad kononnya bagi berbincang berkaitan perkara tersebut.
Namun, Azwan tidak mengesahkan perkara itu dan membiarkan ia menjadi tanda tanya.
“Diva AA khusyuk ‘discussed’ dengan mantan setiausaha peribadi Tun M (centre)? Benarkah Diva AA masuk parti Pejuang?,” katanya.
Pada PRU14 yang lalu, Diva AA bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa, namun kalah kepada abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Malaysiapost
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Kalau asalnya baik tu boleh percaya, malah AA juga lulusan sarjana kan? Tapi kenapa dia bleh jadi spt skr ni. Tersakiti? oleh siapa. Adakah kerana cinta ditolak, terlalu frust sampai boleh jadi mcm tu. Sepatutnya AA muhasabah diri dn kembalikan segala ketentuan rezeki dn jodoh ke hadrat Ilahi. DIA yg menentukan dn mengizinkan, tak boleh dipaksa. Bersyukurlah kerana semua itu ada rahsia dn hikmah Allah bersamanya.
Tahun berganti tahun, umur pun makin bertambah, seharusnya AA renung kembali dn bertekadlah untuk berubah, semoga hari besok menjadi orang yg lebih baik drp hari ini.