View: 1172|Reply: 6
|
[Dunia]
Jurnal Science Advances: Wanita yg dicucuk vaksin Covid-19 kesan sampingannya kitar haid terjejas. Lelaki pulak tak sure apa yg terjejas
[Copy link]
|
|
Kitaran haid berubah selepas suntikan vaksin Covid-19 perkara biasa
Oleh KOSMO!
16 Julai 2022, 7:00 pm
BANDAR RAYA NEW YORK – Satu kajian mendapati orang dewasa yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bukan sahaja mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, letih dan sakit otot bahkan perubahan haid yang sementara, lapor saluran berita NBC News.
Kajian diterbitkan dalam jurnal Science Advances itu mendapati bahawa 42 peratus wanita yang mempunyai kitaran haid normal, mendapati darah keluar lebih banyak apabila mereka datang bulan selepas divaksin.
44 peratus wanita tidak mengalami perubahan pada kitaran haid mereka, manakala sekitar 14 peratus mengalami haid yang lebih ringan.
Wanita yang tidak datang bulan termasuk mereka yang putus haid atau menggunakan kontraseptif untuk jangka panjang pula mendakwa mengalami haid di luar jangkaan selepas menerima vaksin Covid-19.
Tinjauan itu melibatkan lebih 39,000 orang berusia 18 hingga 80 tahun yang telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak dijangkiti Covid-19.
Penulis kajian memberi amaran bahawa peratusan itu tidak semestinya mewakili kadar perubahan dalam populasi umum kerana orang yang menyaksikan perubahan kitaran haid lebih cenderung utnuk mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut.
Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan bukti bagi kajian masa hadapan dan bukan bertujuan mengenal pasti sebab dan akibat.
Bagaimanapun, kajian terbaharu yang lain juga mendapati bahawa vaksin Covid-19 dikaitkan dengan perubahan kecil dalam tempoh kitaran haid. – Agensi
sumber: kosmo.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Yaa betul2..mmg tiap2 bulan datang...tapi tu la..kadang lewat..kadang cepat..xpenah la on time ikut period calendar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah tu.. ada baca article pasal findings ni, bila tanya membe2 pun ada je yg period tonggang terbalik pas vaksin.. ok la, masih subur |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul pun
Pas dos kedua mcm lewat & tak ikut timing biasa |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dh setahun lbih kot amek vaksin
Ko makan ubat-ubatan sbb demam selsema batuk migraine bagai pn kitaran haid terjejas jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca mana ntah vaksin covid 19 ni ganggu hormon. So mmg akan beri kesan pada menstrual cycle |
|
|
|
|
|
|
| |
|