CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1449|Reply: 8

Penjawat Awam Kena Senyum Atau Hilang Gaji 6 Bulan, Digantung Kerja

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam di Filipina diarahkan untuk memberi senyuman sepanjang waktu bekerja atau berdepan risiko didenda.


Langkah itu sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan disediakan kerajaan tempatan.


Aristotle Aguirre memperkenalkan ‘polisi senyum’ pada  bulan ini selepas mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Mulanay di wilayah Quezon.




Aristotle Aguirre (kanan)
Foto: The Guardian




“Polisi ini mesti diguna pakai ketika berkhidmat kepada rakyat untuk memberi keikhlasan dengan menunjukkan perasaan tenang dan suasana mesra,” demikian menurut arahan  eksekutif itu.


Katanya, langkah itu sebagai tindak balas terhadap aduan penduduk tempatan. Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai petani dan nelayan mengadu tentang layanan tidak mesra kakitangan majlis perbandaran setiap kali mereka pergi membayar cukai atau mendapatkan bantuan.


Sesetengah mereka akan berjalan kaki selama sejam dari kampung terpencil bagi tujuan tersebut.


“Apabila mereka tiba, mereka kecewa dengan sikap kakitangan yang berurusan dengan mereka,” kata Aguirre.




Borneo Post




Kakitangan yang tidak mematuhi arahan itu boleh didenda bersamaan gaji enam bulan atau digantung kerja.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan di Malaysia.. kalo kat malaysia.. menteri resign pun dapat gaji lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la.. senyum tu sedekah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 09:23 AM | Show all posts
kat Malaysia ni pun ramai buat muka sengkek kat org kampung yg dtg berurusan di jabatan2 kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 10:32 AM | Show all posts
chinta89 replied at 17-7-2022 09:23 AM
kat Malaysia ni pun ramai buat muka sengkek kat org kampung yg dtg berurusan di jabatan2 kerajaan..

Unless orang kampung tu handsome
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 17-7-2022 01:23 AM
kat Malaysia ni pun ramai buat muka sengkek kat org kampung yg dtg berurusan di jabatan2 kerajaan..

Takyah sebut jabatan kerajaan sangat. Takat kedai makan tepi jalan pun cam taik layanan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 time keje hotel, guest bebel2 pon aku senyum.. Smpi ada delegate2 dari India datang, ckp kt aku, aku still blh senyum wlupon lepas kena dgr guest bebel2
.. Klu dorg dah tak leh nak senyum dah.. Aku jawab jer, ni keje aku.. Hadap jer lah..

Tapi, bkn semua gov servant tu muncung je mulut. Ramai jer yg berbudi bahasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 10:15 AM | Show all posts
aku lagi prefer officer lelaki jga bahagian tiket tu kalau pempuan dgn bingit sore dia pastu bole gado2 dgn org ramai
mcm hebat nau. walau pun kau betul cara kau tu buat org menyampah
tapi ada jugak offcer lelaki yg aku tak suka kt situ..eleh mcm dia sorg je byk keje sikit2 ckp jgn tambahkan keje dia. koser nk hadap muka korg tu kalu tak pasal keje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049042 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list