View: 667|Reply: 2
|
[Dunia]
Ukraine dakwa 70 peratus misil Russia sasar tempat awam
[Copy link]
|
|
Anggota bomba mengalihkan runtuhan bangunan berikutan serangan udara Russia di bandar Vinnytsia, barat-tengah Ukraine pada 14 Julai lalu. - AFP
Ukraine dakwa 70 peratus misil Russia sasar tempat awam
KIEV – Kementerian Pertahanan Ukraine memaklumkan bahawa 70 peratus serangan peluru berpandu Russia secara khusus menyasarkan sasaran awam, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Kementerian itu berkata, serangan misil Russia menyasarkan bandar-bandar Ukraine yang berada dalam keadaan ‘damai’.
Pada Khamis lalu, serangan peluru berpandu Russia ke atas bandar Vinnytsia telah membunuh sekurang-kurangnya 23 orang termasuk tiga kanak-kanak.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan kerana masih ada mangsa yang dilaporkan hilang.
Lebih 60 orang turut cedera dan dirawat di hospital akibat serangan itu.
“Serangan peluru berpandu ke atas pusat bandar yang aman di Ukraine (Vinnytsia) adalah satu lagi fakta pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Russia terhadap rakyat Ukraine. Ia adalah bukti yang tidak boleh disangkal lagi.
“Perbuatan Russia ini adalah tindakan penghapusan rakyat Ukraine. Ini juga cubaan untuk melunturkan semangat rakyat Ukraine dan mematahkan penentangan mereka,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, Oleksandr Motuzianyk seperti dipetik agensi berita Ukrinform.
Motuzianyk seterusnya menambah, hanya 30 peratus daripada jumlah serangan oleh tentera Russia melibatkan sasaran tentera.
Beliau mendakwa bahawa baki serangan menyasarkan bandar-bandar aman seperti Mariupol, Zaporizhia dan Mykolaiv. Motuzianyk juga menggesa supaya Russia dilabel sebagai ‘negara pengganas’ oleh dunia.
Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai kesahihan dakwaan Motuzianyk.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Russia berkata, serangan ke atas Vinnytsia adalah menyasarkan fasiliti tentera.
Menurutnya, serangan peluru berpandu itu menyasarkan sebuah bangunan di mana pegawai tinggi tentera Ukraine dipercayai bertemu dengan pembekal senjata asing. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -sasar-tempat-awam/
|
|
|
|
|
|
|
|
jokowi gi rusia and ukraine hari tu sebagai org tengah utk jadi pengaman tak berkesan kah....? |
|
|
|
|
|
|
|
Ngko yg duk provoke.. lain kali jangan lantik badut jadi president |
|
|
|
|
|
|
| |
|