CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 0

[Dunia] Bunuh ibu guna tukul kerana percaya mangsa dirasuk syaitan

[Copy link]
Post time 17-7-2022 10:34 PM | Show all posts |Read mode

Charlene Novoa, 26, telah ditangkap dan didakwa atas kematian ibunya Silma Garcia. – Robert Mecea

Bunuh ibu guna tukul kerana percaya mangsa dirasuk syaitan

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat didakwa membunuh ibunya menggunakan tukul besi kerana percaya mangsa telah dirasuk syaitan, lapor akhbar New York Post semalam.

Suspek, Charlene Novoa, 26, ditahan pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam, kata polis.

Dia kini melakukan pembunuhan dalam apa yang disifatkan Jabatan Polis New York (NYPD) sebagai kematian yang mencurigakan.

Mangsa, Silma Garcia, 66, ditemui di bawah katilnya di sebuah bangunan pangsapuri di Bronx kelmarin, kata polis.

Polis yang bergegas ke rumah mangsa menemui sebuah unit apartmen dalam keadaan kotor dan bersepah dengan sampah, kata sumber.

Apabila detektif menyoal siasat Novoa, mereka melihat kesan calar pada tangan dan mukanya dengan suspek mendakwa dia melakukannya sendiri, kata sumber tersebut.

Suspek memberitahu polis bahawa dia memukul ibunya menggunakan suatu alat yang berat.

Anak lelaki mangsa, Marcos yang juga tinggal di apartmen itu berkata, Novoa memberitahunya bahawa dia memukul ibu mereka menggunakan tukul kerana mangsa dirasuk syaitan.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kesan pukulan pada bahagian kepala dan badan.

Perbicaraan Novoa di Mahkamah Jenayah Bronx akan dilanjutkan pada Sabtu akan datang. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... sa-dirasuk-syaitan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.370525 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list