CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 4

[Dunia] Kadar vaksin di 28 wilayah cuma 30%, Indonesia dilanda gelombang ke-4

[Copy link]
Post time 18-7-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Indonesia mengesahkan negara itu kini memasuki gelombang keempat jangkitan Covid-19 berpunca daripada subvarian Omicron yang pantas menular.

Jakarta Post melaporkan, Indonesia merekodkan 4,329 jangkitan baharu pada Sabtu, jumlah kes harian tertinggi sejak 25 Mac, menurut data rasmi daripada pasukan petugas kebangsaan Covid-19.

Dari 10 Julai hingga 16 Julai, negara itu mencatatkan 22,684 kes baharu iaitu meningkat 27.6 peratus berbanding minggu sebelumnya dengan 16,426 kes baharu.

Ia kini mempunyai sejumlah 26,594 kes aktif.

Bagaimanapun, angka itu mungkin tidak menggambarkan dengan tepat skala sebenar jangkitan komuniti semasa.

Ia kerana kurangnya jumlah ujian dan langkah pengesanan kontak, kata pakar.

Sementara itu, Tempo pula melaporkan, jurucakap kerajaan bagi pengendalian Covid-19, Wiku Adisasmito berkata, liputan vaksin penggalak di negara ini menurun dengan ketara.

Data menunjukkan kadar liputan vaksin di 28 wilayah masih di bawah 30 peratus.

"Jika dilihat daripada kadar liputan vaksin penggalak setiap wilayah, kadar tertinggi dicatatkan di Bali mencecah 58 peratus.

"(Ia) diikuti Jakarta, Kepulauan Riau, Jogjakarta, Jawa Barat, dan Kalimantan Timur walaupun kadar liputannya belum mencapai 50 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Wiku menggariskan, suntikan penggalak adalah sangat penting untuk mengekalkan imuniti orang ramai terhadap koronavirus.

Selain itu, varian virus baharu iaitu Omicron BA.4 dan BA.5 merekodkan sehingga 81 peratus daripada varian Covid-19.

Beliau turut menegaskan kerajaan sudah berusaha menyediakan pusat vaksinasi di setiap wilayah dan bekerjasama dengan Forum Komunikasi Kepimpinan Wilayah (Forkompimda).

Di Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi, terdapat 70 pusat vaksinasi dan jumlahnya akan terus meningkat.

"Diharapkan kerajaan dan rakyat akan terus mempercepatkan liputan vaksin termasuk suntikan penggalak dan berdisiplin dalam melaksanakan protokol kesihatan.

"Jika kedua-dua usaha ini dijalankan secara kolektif, Indonesia boleh mencapai daya tahan dan kesihatan awam yang tinggi," kata Wiku.

Ketika trend Covid-19 meningkat baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Muhammad Tito Karnavian mengeluarkan surat pekeliling pada 11 Julai lau menggesa pemimpin serantau untuk mempercepatkan pemberian vaksin penggalak di wilayah masing-masing.

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/07/862559/indonesia-memasuki-gelombang-keempat-covid-19


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
walau gue PATI...vaksin nya gratis aja di Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 18-7-2022 07:06 PM
walau gue PATI...vaksin nya gratis aja di Msia...

Syukurlah nak.


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
BawangCaramel replied at 18-7-2022 09:55 PM

Ntahlah iols pun x tau nk caya mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.171563 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list