CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 0

[Tempatan] Rampas RM80 juta hidupan liar, terbesar dalam sejarah kastam

[Copy link]
Post time 18-7-2022 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Rampas RM80 juta hidupan liar, terbesar dalam sejarah kastam

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... sar-sejarah-kastam/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
18 Julai 2022, 5:29 pm


Zazuli (kanan) menunjukkan gading gajah yang dirampas pihaknya. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan penyeludupan pelbagai spesis hidupan liar terbesar dalam sejarah pasukan itu melibatkan rampasan 6,443 kilogram (kg) bernilai RM80 juta di Pelabuhan Barat, di sini baru-baru ini.

Dalam operasi pada pukul 2.40 petang, 10 Julai lalu membawa kepada rampasan 6,000kg gading gajah, tengkorak dan tulang haiwan (300kg), sisik tenggiling (100kg), tanduk badak sumbu (29kg), dan tanduk haiwan (14kg) yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, rampasan itu dilakukan hasil pemantauan terhadap pergerakan kapal yang membawa tiga kontena dipercayai dari Afrika.

Menurut beliau, tindakan pemeriksaan saringan menggunakan mesin pengimbas terhadap sebuah kontena disyaki membawa kepada penemuan barangan larangan.

“Kapal tersebut dari Afrika sebelum ke Abu Dhabi dan. Ia sepatutnya berlayar ke Pasir Gudang, Johor, namun berhenti di Pelabuhan Klang.

“Spesis hidupan liar itu disembunyikan di belakang timbunan kayu dalam kontena tersebut,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Kastam Selangor, Pelabuhan Utara hari ini.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kesemua barangan tersebut bukan untuk pasaran di negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039247 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list