View: 1308|Reply: 0
|
Gesa pengilang turunkan harga minyak masak tidak bersubsidi 10 peratus
[Copy link]
|
|
Gesa pengilang turunkan harga minyak masak tidak bersubsidi 10 peratus
Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa (kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan khas itu di Parlimen hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengilang digesa untuk menurunkan harga minyak masak tidak bersubsidi sekurang-kurangnya 10 peratus dalam tempoh seminggu atau dua minggu dari sekarang, susulan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan berpegang kepada prinsip untuk sentiasa melakukan libat urus dengan pihak industri termasuk pengilang, justeru memerlukan kerjasama pengilang bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.
"Sepantas mana mereka menaikkan harga sewaktu harga minyak naik dulu, saya harap sepantas itu jugalah mereka segera menurunkan harga apabila harga minyak sudah pun turun.
"Pada masa ini, harga minyak masak tidak bersubsidi agak tinggi. Trend menurun sudah pun dilaksanakan beberapa peruncit namun belum menyeluruh.
"Jadi kita bersetuju untuk memohon kerjasama semua pengilang, dalam masa seminggu dua dari sekarang, kita ingin melihat harga minyak diturunkan kepada satu paras sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga yang dijual sekarang, yang mana harga pada ketika ini adalah RM42 bagi botol lima liter," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... tidak-bersubsidi-10
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|