CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

[Jenayah] Banduan transgender hamilkan dua wanita

[Copy link]
Post time 19-7-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode

DEMI Minor. FOTO Justice4Demi.org



Washington: Seorang wanita transgender ditempatkan di dalam penjara wanita di New Jersey dilaporkan mengandungkan  dua banduan sehingga mendorong pegawai memindahkannya ke penjara lain.  
New York Post melaporkan, Demi Minor, 27, dipindahkan  bulan lalu dari Edna Mahan Correctional Facility for Women ke Garden State Youth Correctional Facility (GYSC), iaitu penjara untuk golongan belia di Burlington County.  
Minor yang menjalani hukuman 30 tahun kerana membunuh berada di dalam unit di kemudahan baharu tempat dia  satu-satunya 'wanita'.
Minor menulis dalam catatan blog di laman web Justice 4 Demi pada 15 Julai, dia diletakkan dalam pengawasan bunuh diri di kemudahan baharu itu kerana 'saya sudah menggantung diri di dalam van.'


Dia mendakwa pegawai penjara menafikan permintaannya untuk diperiksa  pegawai penjara wanita.

"Mereka melanggar hak saya untuk selamat dan bebas daripada gangguan seksual, dengan meletakkan saya di salah satu fasiliti koreksional paling ganas.  

"Ketika tinggal di sini di GYSC, saya mendapati diri saya diserang banduan muda yang tidak matang dan sangat jahil terhadap orang seperti saya.
"Saya dipindahkan ke Penjara Negeri New Jersey, di mana saya dipanggil (sebagai) he (kata ganti diri lelaki) lebih 30 kali," katanya.
Catatan sebelum ini menyatakan Minor dikeluarkan secara paksa dari penjara wanita dan dipukul ketika proses pemindahan.  
Jabatan Penjara enggan mengulas mengenai tuduhan itu tetapi memberitahu media mereka  menyiasat dakwaan berkenaan.
"NJDOC tidak boleh mengulas mengenai   siasatan aktif. Jabatan tidak bertolak ansur terhadap penderaan dan keselamatan serta keselamatan penghuni dan kakitangan yang dipenjarakan adalah sangat penting.
"Tindakan Minor itu dilakukan beberapa bulan selepas didedahkan dia menghamilkan dua banduan ketika dikurung di penjara wanita, selepas terbabit dalam hubungan seksual suka sama suka dengan orang lain yang dipenjarakan," katanya.  
Pada 2021, New Jersey menggubal dasar  membenarkan banduan ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list