View: 778|Reply: 11
|
[Tempatan]
DBKL: Pemilik diminta alih kenderaan tersadai di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dalam 14 hari, ada yang tersadai lebih 10 tahun
[Copy link]
|
|
DBKL: Alih dalam 14 hari
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -alih-dalam-14-hari
Disiarkan pada: Julai 19, 2022 @ 7:30am
Mahaizura Abd Malik
[email protected]
MAJORITI kenderaan yang tersadai di tempat letak kereta adalah kenderaan lama yang usianya mencecah 10 tahun ke atas. FOTO Arkib NSTP
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Osman Ismail berkata, tindakan berkenaan diambil mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Katanya, DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Penguatkuasaan (JPK) bagi menangani aduan yang diterima berkaitan kenderaan usang yang tersadai di kawasan kediaman berkenaan.
"JPKKB bertanggungjawab menyediakan senarai kenderaan usang yang tersadai di lot tempat letak kereta di PPR atau PA DBKL dan dipanjangkan kepada JPK untuk tindakan selanjutnya.
"JPK hanya akan melakukan tindakan tunda terhadap pemilik kenderaan yang masih ingkar selepas Notis Penguatkuasaan dikeluarkan kepada pemilik supaya kenderaan itu dialihkan dalam tempoh tiga, tujuh atau 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan," katanya kepada Harian Metro.
LAPORAN Harian Metro, 18 Julai 2022.
Osman berkata, kenderaan yang ditunda akan dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan DBKL di Taman Connaught dan Notis Pemakluman dikeluarkan kepada pemilik mengenai kenderaan miliknya ditunda oleh DBKL.
"Sekiranya kenderaan berkenaan masih tidak dituntut oleh pemilik selepas sahaja tamat tempoh Notis Pemakluman, kenderaan itu akan disyorkan untuk proses pelupusan," katanya.
Menurutnya, sepanjang 2021, sebanyak 1,346 kenderaan buruk atau tersadai di sekitar Kuala Lumpur sudah ditunda, manakala 129 buah bagi Januari hingga April lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla... yg tersadai bertahun tu jual je kat besi buruk |
|
|
|
|
|
|
|
haritu ada org tolong jualkan kat besi buruk, pokis pegi tangkap pulak org2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
akta ada dah, buat je la penguatkuasaan. bazir parking lot je besi buruk ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yg parking lebih 3 bulan di tempat parking awam tanpa ada pergerakan.......harus disita, tuanpunya didenda dan kenderaan itu direcycle kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lemah dbkl.part saman parking je laju....sampai 10 tahun tersadai ko biar jadi tukun nyamuk |
|
|
|
|
|
|
|
ape yg susah sgt nak jual kat kedai besi buruk. depa blh mai amik kot. kat tmn iols pun ada sorg peel hanat gini. bertahun sidai kereta dia.semak jalan semak mata |
|
|
|
|
|
|
|
kat Bangi ni pun dah start buat dah.
bagus lah camtu. senang sikit nak parking g pasar
|
|
|
|
|
|
|
|
kat bahu mmg byk menyemak je kan..org nak parking pun susah...spesis lahanat selfish |
|
|
|
|
|
|
|
Di Malaysia tu undang undang dah ada tetspi pihak berkuasa malas nak buat kerja. Ataupun buat kerja ikut musim. |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun dah tersadai baru.nak towing..
Huhu
Kat.tmpt iols.mbsj sokmo bawak lori towing nak amek.kete2 tersadai neh..
Ada abang.tu cpt2 je jual kete.sadai dia bila tau mbsj nak amek kete2 buruk neh
Dpt la 3k...hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|