CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 1

[Tempatan] DUN Kedah lulus had umur perkahwinan perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun

[Copy link]
Post time 19-7-2022 10:12 AM | Show all posts |Read mode
DUN Kedah lulus had umur perkahwinan perempuan kepada 18 tahun

https://www.bharian.com.my/berit ... uan-kepada-18-tahun

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Julai 19, 2022 @ 10:05am
[email protected]


Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat. - Foto ihsan SUK Kedah

ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.

Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat, berkata pindaan enakmen itu membabitkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau denda RM1,000 sebelum ini.

"Sekiranya mereka hendak kahwin juga, ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan berkahwin walaupun dia berumur 16 tahun, maka dia boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah.

"Kalau tanpa kebenaran mahkamah mereka kena denda," katanya ketika ditemui selepas persidangan DUN itu di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Dalam pada itu, Juhari berkata beliau menolak usul tergempar berkaitan isu banjir dan fenomena kepala air di Baling dan Yan yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) atas faktor tidak mengikut peraturan Dewan.

Katanya, notis berkaitan usul itu diberikan dalam tempoh singkat iaitu tidak mengikut peraturan 14 hari bagi usul biasa, manakala usul tergempar dan penting memerlukan masa dalam tempoh tujuh hari serta usul sangat penting dengan kebenaran Menteri Besar Kedah boleh dibuat dalam sehari.

"Jadi tidak bolehlah kita nak buat usul persendirian itu memerlukan tempoh seperti yang saya sebutkan tadi tetapi kalau mahu bekerjasama dengan pejabat Menteri Besar (Kedah) bolehlah dikemukakan usul tergempar dalam tempoh 24 jam," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 10:17 AM | Show all posts
Bagus abang Sanusi dan kerajaan PAS Kedah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.418299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list