Sumber IG
Anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid yang berkesempatan menunaikan ibadah haji baru-baru ini memuat naik beberapa keping gambar seorang wanita tidak bertudung ketika berada di kafe Starbucks di Makkah.
Menerusi hantaran tersebut, katanya, dia terkejut melihat wanita berkenaan tanpa rasa serba salah menanggalkan tudungnya. Tidak pasti agama atau tujuan wanita itu datang ke Makkah, Nurulhidayah ingin menegur perbuatan tersebut namun dihalang suaminya.
Sumber IG
"Akhir zaman gais. Akhir zaman. Semalam saya di Starbucks ZamZam Tower, Makkah. Saya terkejut pertama kali menyaksikan di depan mata saya seorang wanita dengan selamba melepaskan tudungnya.
"Saya tak pasti dia beragama apa selepas Saudi membuka ruang 'tourist visa', adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Makkah atau wanita ini sedang mengalami masalah mental? Wallahualam.
"Saya mahu bertindan bangun dan bertanya tetapi dihalang oleh suami. Ya Allah, bantu kami pelihara agamaMu. Inilah akhir zaman," coretnya.
Menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengatakan tindakan Nurul berkongsi perkara sama seperti menyebarkan aib wanita berkenaan.
Sumber Lobak Merah
Mempertahankan tindakannya, Nurul bertindak menutup ruangan komen kerana katanya hantaran berkenaan tidak memerlukan pandangan atau pendapat dari sesiapa pun.
"Saya off comment kerana posting ini tak perlukan komen sesiapa. Ia hanya untuk FYI (for your info). Yang non-muslim pun komen macam ustazah.
"Bukan bertudung itu menunjukkan kita baik tetapi jika non-muslim pun, dia patut menghormati tempat kat mana dia berada," tulisnya lagi. - CARI
|