Edited by blastoff at 21-7-2022 08:06 AM
Gaji Menteri & ADUN Sabah Naik Hingga 40%, “Hanya Libatkan RM5.6 juta Setahun”

GAJI KETUA MENTERI SABAH NAIK DARI RM23,595 KEPADA RM33,033 KOTA KINABALU: Dalam kemelut ekonomi yang sedang melanda negara, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain. Menurut laporan oleh Astro Awani, Usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu telah diluluskan dengan suara terbanyak.
Dengan kelulusan itu, saraan para Menteri yang terkini adalah seperti berikut: Ketua Menteri Sabah
RM 33,033 daripada RM 23,595
(Naik RM 9,438) Timbalan Ketua Menteri Sabah
RM 29,221.50 daripada RM 20, 872.50
(Naik RM 8,349) Menteri & Speaker
RM 22,869 daripada RM 16,335
(Naik RM 6,534) Timbalan Menteri & Timbalan Speaker
RM 17,787 daripada RM 12,705
(Naik RM 5,082) ADUN
RM 11,130 daripada RM 7,950
(Naik RM 3,180) Setiausaha Politik
RM 7,623 daripada RM 5,445
(Naik RM 2,178)  Hajiji yang juga Menteri Kewangan Kedua Sabah ketika menggulung usul itu berkata, implikasi kewangan kerajaan negeri untuk pelaksanaan kenaikan gaji / saraan itu dilihat tidak terlalu berat dan hanya melibatkan jumlah RM5.6 juta setahun. Katanya, pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting wakil rakyat perlu terus memberi yang terbaik kepada rakyat.
https://harianpost.my/gaji-menteri-di-sabah-naik/
|