CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2574|Reply: 29

[Tempatan] Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil

[Copy link]
Post time 21-7-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil




RUMAH di Taman Bintang, Pantai Remis dipenuhi sampah sehingga MPM terpaksa membersihkan kawasan itu. FOTO ihsan MPM



Manjung: Sudah dua kali rumah dibersihkan dan turut diberikan notis kerana 'mengumpul' sampah, namun pemilik kediaman di Taman Bintang, Pantai Remis, di sini, masih mengulang perbuatan sama sehingga mengganggu penduduk setempat.

Susulan itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melakukan kerja pembersihan dan mengeluarkan timbunan sampah di kawasan rumah itu buat kali ketiga sehingga mengumpulkan dua tan sampah bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi semalam.

Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, kerja pembersihan dilakukan di kawasan hadapan, tepi dan lorong belakang rumah itu.

Menurutnya, MPM sudah beberapa kali menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung masalah itu dan mengeluarkan notis kacau ganggu serta notis ingkar arahan kepada pemilik tetapi tidak dipedulikan.

"Kami menerima enam aduan sejak September tahun lalu dan pembersihan kali ini yang ketiga selepas Januari dan Mei lalu. Kita mengumpulkan dua tan sampah seperti surat khabar, sampah pukal, besi buruk dan tin aluminium.

"Tindakan itu berdasarkan Seksyen 46(1)(D), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana meletakkan barang kitar semula di lorong tepi dan hadapan premis menyebabkan halangan dan kacau ganggu bau di tempat awam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syamsul Hazeman berkata, pembersihan di rumah yang dihuni suami isteri dan dua anak itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

"Operasi dilakukan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar bersama Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM menggunakan jentera seperti lori kompektor, jengkaut dan lori roro.

"Kita berharap perkara sama tidak berulang lagi dan kerjasama semua pihak diperlukan kerana tindakan seperti ini boleh menyebabkan kacau ganggu serta tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -suami-isteri-degil

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg sah2 pencemaran. jenis hidup gua tak kisah psl org sekeliling ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:52 AM | Show all posts
memang ada jenis manusia suka kumpul sampah...semacam ada manusia suka kumpul dosa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:17 PM | Show all posts
Lepas tu buat lagi.. Camnelah dorang boleh hidup persekitaran kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:21 PM | Show all posts
tak bising lak laki bini tu orang majlis datang bersih kan laman rumah dorg?
hoarder kot laki bini ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:41 PM | Show all posts
hoaders
                  .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 12:54 PM | Show all posts
aku nampak sifat begini juga ada dalam golongan2 berjaya dan terpelajar cuma tahap sahaja berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:59 PM | Show all posts
mesti banyak tikus gemok2 dalam sampah tu....
silap haribulan ular sawa pun ada tuuuu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 01:18 PM | Show all posts
'Hoarding disorder' bukan sekadar tabiat kumpul barang lama tapi petanda masalah mental
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang tak terasa ke nk hidup bersih mcm lepas kemaskn tu.....

Sian.....mcmana blh hidup dlm sampah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:48 PM | Show all posts
Jika adik2 pergi ke rumah orang putih atau separuh putih macam akak ni, adik2 akan lihat betapi banyaknya barang lama. tetapi rumah tetap kemas, semua tersusun rapi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:58 PM | Show all posts
Kalau rumah banglo senang ja nak settle tapi ini rumah teres or semi-D? Kesian pula jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesapa yg suka simpan brg, bekas tipuware ke ...plastik² pasu bungga etc, bawak² lah insof....bila dah tenat, mcm ni lah jadinya....

Tak yah nk sentimental sgt.....ni syg nk buang sbb adik ipar yg bg....ni babysitter yg bg.....eh...klu pikir mcm tu, rumah jd sarang cicak , lipas & tikus....

Skrg dah ada eco & kedai duahinggit....tanak pakai, buang & beli baru.....nk simpan kat ank cucu, dorang pun tak hingin ......

Mak sedara aku bkn main byk pinggan mangkuk dia beli....org kg, suka buat kenduri kendara, jd beli lah pinggan mangkuk arcoroc yg baling tak pecah tu....bila dia meninggal....ank dia kemaskn & nk buang....nasib baik ada india potong rumput tu amik....rasa tak le mbazir....

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:59 PM | Show all posts
mental betul... kesian jiran yg share dinding dengan dia.
dah jadi byk2 kali mcm ni, tak boleh ke hantar masuk rehab kaunseling ke ape ke...
takkan tiap2 kali jadi satu kerja pulak spend 3 jam just utk bersihkan rumah dia dgn kos2 lori nak datang angkut semua...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 21-7-2022 11:52 AM
memang ada jenis manusia suka kumpul sampah...semacam ada manusia suka kumpul dosa

Mengata diri sendiri ke?


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi ada ruang, selagi tu la diisi
Sampai melimpah ats jalan dah tu
Pasangan ni elok jumpa doktor jiwa je sebab diorang akan isi balik ruang kosong tu dgn sampah sampai AJM berulang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 03:19 PM | Show all posts
Sebab itu jika mahu memberi hadiah, berikah skincare atau bahan mandian

habis saja boleh dibuang. Jika beri bentuk fizikal begini lah jadinya sayang sayang sayang..

jangan sayang sangat, sekarang ini bnyk kedai ambil barang 2nd hand.
untung2 dapat sikit duit poket
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:42 PM | Show all posts
takat tu je ke yg mpm blh buat
tu kali ke 4
hepi la dorg selang 2, 3 bln ade org dtg clearkan junk dorg

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:47 PM | Show all posts
sumbat je sampah dalm mulut babi pengotor cmni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit mental ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052092 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list