CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 3

[Dunia] Rumah Putih jawab isu 'Mat Bidin' menghidapi kanser

[Copy link]
Post time 21-7-2022 02:08 PM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Rumah Putih pada Rabu menjelaskan bahawa kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang beliau menghidap kanser sebenarnya merujuk kepada diagnosis kanser kulit yang dialaminya sebelum menjadi presiden dan sudah sembuh sepenuhnya.

Ketika berucap mengenai perubahan iklim di Massachusetts, Biden mengimbau saat membesar di kawasan perkilangan penapisan minyak di negeri kelahirannya di Delaware, sambil berkata syarikat minyak itu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berleluasa di kawasan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

"Ia menyebabkan saya dan ramai orang lain menghidap kanser, dan menjadi punca Delaware mempunyai kadar pesakit kanser tertinggi di negara ini," katanya sambil menekankan perlunya beralih kepada sumber yang lebih mesra alam berbanding bahan api fosil.

Jurucakap Rumah Putih Andrew Bates berkata presiden merujuk kepada kanser kulit non-melanoma yang dihidapi sebelum menjadi presiden.

Ringkasan laporan kesihatan Biden yang dikeluarkan pada November memaklumkan Biden menghidap "kanser kulit non-melanoma dan telah sembuh" serta biopsi tidak diperlukan.

- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Joehari bin Biden tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamala binti Harris tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak lelakinya yg sulung tu meninggal juga kan akibat kanser?..dah la ank harapan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049602 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list