View: 1440|Reply: 17
|
[Tempatan]
Doakan kesembuhan Abdul Khalid'
[Copy link]
|
|
Abdul Khalid pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014. - Foto Facebook Faekah Binti Husin
SHAH ALAM: “Ku paparkan di sini sedikit luahan serta doa agar teman sekalian dapat turut merasa dan mendoakan serta mengaminkannya.”
Demikian luahan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam berkongsikan situasi semasa kesihatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Facebook rasminya pada Khamis.
Kongsi Faekah, dia sempat menziarahi bekas Menteri Besar Selangor itu di rumahnya pada Rabu dan menyatakan perasaan sebak melihat keadaan Abdul Khalid.
“Semalam (Rabu) sempat ziarah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Masuk sahaja ke bilik, nampak Puan Sri Salbiah (Isteri Abdul Khalid) sedang duduk setia di sisi sambil memerhati beberapa jururawat yang sedang menyediakan alatan untuk memberi rawatan kepada Tan Sri.
“Dengan tidak semena-mena dadaku terasa berat, sebak dan pilu, apatah lagi kedengaran sayup bacaan al-Quran yang dipasang di bilik tersebut.
“Bertambah sedih kerana tiada peluang dan kesempatan untukku berbual bertanya khabar pada Tan Sri kerana jururawat sudah mahu memulakan rawatan,” katanya.
Faekah bagaimanapun turut mendoakan agar segala urusan rawatan Abdul Khalid dipermudahkan dan kembali sihat.
“Ya ALLAH, permudahkan segala urusan rawatannya. Kembalikannya kepada kami untuk kami sama-sama beribadah, bersujud dan beristighfar kepadaMu. Berilah yang terbaik untuknya di dunia dan di akhirat.
“Jika ada kebaikan yang ku lakukan dan dengan keizinanMu, ku hadiahkan kebaikannya kepada insan mulia ini. Insan yang kami semua rindui keceriaannya dan setiap butir buah fikirannya,” luahnya.
Sebelum ini, Abdul Khalid pernah dimasukkan ke hospital swasta akibat jangkitan paru-paru.
Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.
Namun, beliau dipecat sebagai Menteri Besar Selangor oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum jawatan itu digantikan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Sinar Harian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tan sri Abd Khalid dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan buatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Tan Sri diberikan kesihatan yang menyeluruh dan dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan kesihatan. Aminnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberi kesembuhan Tan Sri Khalid
Petik sikit dr Wiki
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).[2] Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.[2]
Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC). |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan... |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya ASB zaman khalid ni dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Last dengar dia ada buat operation jantung.. dlm 1-2 bulan lepas..
Semoga Allah bagi yang terbaik buat Tan Sri dan keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga TS Abd Khalid dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan buatnya.
Wonder if his wife was my geography teacher...pangkat and nama sama tapi dalam gambar ni tak boleh cam sebab dia dah pakai tudung. |
|
|
|
|
|
|
|
Bacaan alquran dipasang dibilik itewww?
Anak anak ahli keluarga lain kenapa tak baca? |
|
|
|
|
|
|
|
tompie replied at 21-7-2022 04:35 PM
Last dengar dia ada buat operation jantung.. dlm 1-2 bulan lepas..
Semoga Allah bagi yang terbaik bu ...
Alhamdulillah operation jantung berjaya. Moga diberi kesihatan yg baik hendaknya. Moga Tan Sri diberi kesempatan untuk bersama keluarga.
5 tahun lepas, kwn meols sekeluarga ambil gambar sebelum bapak dia operate jantung. Semua mcm happy2 bergambar sekeluarga dan letak di fb agak cepat. Tup tup esok nya dia tulis status bapak dia ninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan semua urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberi kesembuhan dan kesihatan Tan Sri. Beliau ni yang mulakan air free Selangor, aset selangor bertambah bila beliau ambil alih. Yela time umno banyakkk gila korup. Alih2 si jemin pulak dapat nama. Hurmm sekarang orang dah tau perangai jemin. |
|
|
|
|
|
|
|
awatlah geng2 balun duit parti keris segar bugar berjalan ke sana sini sinun amat sihat sejahtera pjg umur ye.....................
|
|
|
|
|
|
|
| |
|