View: 845|Reply: 13
|
[Tempatan]
Lantikan penjawat awam ikut merit, bukan kuota, Cuepacs beritahu Teresa
[Copy link]
|
|
Sambutan bukan Bumiputera menyertai perkhidmatan awam kurang kerana berpandangan gaji diterima rendah, berbanding bekerja di sektor swasta atau berniaga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Pengambilan dan pelantikan kakitangan awam dibuat berasaskan merit dan kompetensi calon tanpa membabitkan sebarang kuota, selaras ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kata Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Presidennya, Adnan Mat, berkata SPA tidak pernah menetapkan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam perlu menepati sebarang kuota termasuk membabitkan agama, kaum, etnik atau negeri tertentu.
“Permohonan pula adalah terbuka kepada semua bangsa dan agama.
“Tanpa membuat permohonan melalui SPA, bagaimana seseorang individu itu boleh menyertai perkhidmatan awam atau dilihat berminat untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang mengatakan wujudnya ketidakseimbangan dari segi kaum dalam perkhidmatan awam.
Sementara itu, Adnan berkata, sambutan kaum bukan Bumiputera menyertai perkhidmatan awam dilihat kurang kerana mereka berpandangan gaji diterima rendah, berbanding jika bekerja di sektor swasta atau berniaga.
“Tuduhannya (Teresa) mengenai dasar berasaskan kaum dalam pengambilan dan kenaikan pangkat penjawat awam itu adalah satu tuduhan berat dan tidak berasas, serta dilihat sebagai cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam dengan menyentuh mengenai komposisi kaum,” katanya.
Beliau berkata, perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam pengambilan mahu pun kenaikan pangkat seperti difikirkan Teresa.
Beliau juga menasihatkan semua pihak terutama ahli politik supaya tidak menggunakan perkhidmatan awam hanya untuk kepentingan politik masing-masing.
“Sebagai penjawat awam, kami semua tetap berpegang teguh kepada konsep peneutralan dan profesionalisme serta menghormati prinsip pembahagian kuasa bagi memastikan kedaulatan undang-undang dapat dipertahan dalam menjunjung Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Terdahulu, Teresa menggesa Putrajaya berusaha menjadikan perkhidmatan awam lebih seimbang dari segi kaum bagi mencerminkan semangat slogan “Keluarga Malaysia” yang digagaskan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ooooo...ingatkan kuota sskjp.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon je la dulu.. yg deme dok pompang berita tak sahih tuh awat? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke ikut merit?
Ntah2 kabel la. Pak sedara, mak sedara, etc tolong kira sat bagi ejas masuk keja.
 |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri x minat..sendiri nk bising...watlu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut quota pun dah kenapa? Sah sahlah melayu ramai bumiputera ramai maka ramailah deme dalam agensi kerajaam. Tengok singapura berapa ramai melayu dalam kerajaan mereka kalau ada pun pangkat atas2 ke bawah2? |
|
|
|
|
|
|
|
Merit pala habah kau. Majoritinya masuk pakai kabel Umno  |
|
|
|
|
|
|
|
Merit pala habah kau. Majoritinya masuk pakai kabel Umno  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fair_iza at 21-7-2022 08:11 PM
Merit bukan, kuota pn bukan. Kabel tentunya. Even ptd pun boleh kabel. Sbb tu polisi mengarut jer |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok ke MEIO agensi spy Senah hamid tu, 100% Melayu. BTN, MKN pun 100% molayoo. Merit pala lutot bana mende.  |
|
|
|
|
|
|
|
yang iols perasan, kalau bukan bumiputera yang dapat keje gomen, diorang fasih BM. Bukan badan berkanun yach, tapi yang 100% gomen. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak ramai camne kalo jawatan polis tu kena merayu kaum lain untuk mohon.sebab tak berminat..pum.pam pum pam cam taik taresa ni |
|
|
|
|
|
|
|
ya la tu merit.sedangkan melayu yang takda kabel pun susah nak masuk kerja kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
dia lupa....takda kabel susah jugo |
|
|
|
|
|
|
| |
|