CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Johor] Banduan maut: 12 keterangan dirakam

[Copy link]
Post time 26-7-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode
KAMARUL Zaman pada sidang media selepas hadir Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontijen Johor di IPK Johor. FOTOBERNAMA

Johor Bahru: Polis sudah merakam 12 percakapan bagi membantu siasatan susulan kematian banduan Penjara Kluang dekat sini, 28 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang dipanggil polis bagi tujuan rakaman percakapan itu terdiri daripada ahli keluarga, banduan di dalam sel sama dengan mangsa serta kakitangan penjara terbabit.

"Seramai 12 orang saksi telah kita panggil untuk rakam percakapan. Mereka ini adalah tiga orang ahli keluarga, 'cell mate' mangsa seramai lima orang dan empat orang kakitangan penjara.



"Keterangan mereka dirakam bagi membolehkan kita menjuruskan sebarang unsur yang menjadi sebab kematian mangsa," katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Kamarul Zaman turut memaklumkan pihaknya belum dapat menyimpulkan punca kematian mangsa memandangkan masih menunggu laporan penuh bedah siasat.

"Bedah siasat sudah dijalankan, tetapi, buat masa ini, kita tidak boleh menyimpulkan lagi punca kematian kerana ada beberapa perkara di pihak makmal hospital yang tidak dapat keputusan lagi.

"Kita akan maklumkan apabila semua laporan dan keputusan ini diperolehi. Kita tidak dapat jangka bila (laporan siap), tetapi kita sudah meminta pegawai penyiasat sentiasa berhubung dengan pihak hospital bagi menyegerakannya kerana kita juga tidak mahu siasatan kes ini berlanjutan lebih lama," katanya.

Pada 28 Jun lalu, Kim Shih Keat, 36, dijadualkan dibebaskan daripada Penjara Kluang pada 28 Jun lalu, selepas menjalani hukuman penjara tujuh hari dan denda sebanyak RM15,000 kerana didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada 22 Jun lalu.

Difahamkan, pada hari dibebaskan, mangsa terlebih dahulu dikejarkan ke hospital selepas didapati pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -keterangan-dirakam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.061859 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list