View: 10854|Reply: 111
|
Kematian Cikgu Di Kedah Cetus Misteri
[Copy link]
|
|
Kulim: Seorang guru lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, hari ini.
Bagaimanapun, kematian guru pendidikan moral sebuah sekolah di Pulau Pinang berusia 54 tahun itu masih menjadi persoalan sama ada dia menjadi mangsa jenayah atau sebaliknya selepas dibawa tiga lelaki ke hospital terbabit jam 9.15 malam, pada Rabu.
Menurut sumber, hasil siasatan awal isteri mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit selepas tiga lelaki tidak dikenali membawa suaminya pulang dalam keadaan parah ke rumah mereka di Lunas.
Gambar Hiasan
"Difahamkan, tiga lelaki itu mendakwa mereka terserempak dengan mangsa dalam keadaan parah kononnya akibat kemalangan di Penang Road, Pulau Pinang.
"Melihatkan keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, wanita terbabit meminta tiga lelaki berkenaan menghantar suaminya ke hospital," katanya.
Sumber berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah tengkuk dan dia terpaksa dirawat dengan alat bantuan pernafasan.
"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia jam 10 pagi hari ini dan punca kematiannya hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan.
"Tiga lelaki yang menghantarnya ke hospital pula terus beredar dan pemeriksaan awal turut mendapati mangsa mengalami kesan lebam di mata dan luka di beberapa bahagian anggota badan," katanya.
Sumber berkata, setakat ini polis masih menjejaki tiga lelaki terbabit dan hasil penelitian melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa ditarik keluar ketika dia berada di sebuah restoran di Pulau Pinang.
"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kematiannya akibat perbuatan jenayah atau sebaliknya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
"Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa," katanya ringkas ketika dihubungi melalui kiriman WhatsApp, malam ini. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan buat hal lah dek bodo oi zaman2 ada cctv ni dekkkk…. |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah
kdg tu dgn x pakai mask nya
|
|
|
|
|
|
|
|
(Speku) Dipukul Kerana:
1. Hutang along
2. Skendel dengan bini orang
3. Hutang tak bayar
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mati sbb kena belasah dek 3 org tu paling kuat kena charge membunuh tanpa niat la kot ek..sbb diorg hntr balik n bawak pi sepital after kawan tu dh lunyai. Konon takde niat nk membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian isteri dia, napa korang tak terus je hantar hospital.
Kenapa mesti nak tunjuk kat isteri keadaan suami mcm tu? Takde isteri yg nak tunggu laki balik dlm keadaan gituh.
Btw tak rasa dia eksiden sbb tiber plak bawak g umah patut terus je call ambulans ke apa.
Nampak sangat kena belasah ko ingat bawak g umah bini dia leh rawat ngn sapu minyak gamat je ke?
Sudahnya dia pun minta korang bawak g sepital jugak sbb dh parah sgt kot sampai tak sedarkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Camne 3org tu boleh tau umah mangsa? Biasanya kalau berlaku eksiden ke terus hantar ke hospital bukan ke rumah mangsa. Banyak tul kes pelik2 sekarang ni, dahler benang sebelah pasal pakcik cendol hilang 3k. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah malam pun Ketua Polis kena reply whatsapp, kang lambat plak keluar berita nya. Hampa pi pukoi orang sampai meninggal pasaipa? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 29-7-2022 12:57 PM
ezacbee replied at 29-7-2022 12:02 PM
Camne 3org tu boleh tau umah mangsa? Biasanya kalau berlaku eksiden ke terus hantar ke hospital buka ...
bini x kenai 3 orng tu...3 orng tu tau rmh cikgu tu.'KECUAIAN' kt sini..bini x minta identiti 3 orng tu...spital x minta identiti 3 orng tu..paling x spital tanya la hubungan 3 orng tu ngn arwah cikgu tu...@ orng yg depa antar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-7-2022 12:56 PM
bini x kenai 3 orng tu...3 orng tu tau rmh cikgu tu.'KECUAIAN' kt sini..bini x minta identiti 3 or ...
Kalu citer Korea aku tau dia tanya.. tp kalu citer Melayu dia tanya masa nak tanya apa status pesakit tu .. "incik ni siapa?" |
|
|
|
|
|
|
|
Klau gini, maksudnya hospital tu x follow SOP ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau accident takkan bawak balik tunjuk kat bini dulu..sah2 la orang awam yg tengok akan call ambulance kan..dan kita tak boleh ya pegang mangsa accident sesuka hati..bau ikan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
obvious la mmg 3 sekawan tu pukul cikgu tu. ada cctv tunjuk dia tarik dari restoran… nak tunjuk la kat bini, laki dah lunyai… bini mesti takut punya walopon dorang claim accident. don’t pray pray aaa |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-7-2022 11:15 AM
(Speku) Dipukul Kerana:
1. Hutang along
3-3 tuduhan tak bermoral ni ni tak mencerminkan diri sbg guru pendidikan moral. Ada spekuan lain yg lebih bermoral??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 29-7-2022 06:11 AM
kepompong replied at 29-7-2022 05:26 AM
3-3 tuduhan tak bermoral ni ni tak mencerminkan diri sbg guru pendidikan moral. Ada spekuan lain y ...
Ada.
1. Tukang pukul salah orang.
2. Cikgu difitnoh.
3. Ada orang dendam kat cikgu.
4. Tukang pukul suka2 pukul cikgu. Cikgu berada di tempat yang salah pada masa yang salah.
Kerana sebab2 di atas, tukang pukul baik hati sanggup hantar cikgu balik rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-7-2022 11:15 AM
(Speku) Dipukul Kerana:
1. Hutang along
Spekuan atas macam tak relevan dengan kerjaya cikgu. Hutang Along macam tak kena je
Iols syak kes dengki atau dendam |
|
|
|
|
|
|
|
aku vote tukang pukul salah org sbb tu dia hntr cikgu tu balik rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 29-7-2022 06:12 AM
Spekuan atas macam tak relevan dengan kerjaya cikgu. Hutang Along macam tak kena je
Iols syak kes ...
Kelig aiol pernah ja hutang dengan along iya. Sampai along cari heols kat sekolah. Pengetua yang runding along tu, cakap bagus2, jangan datang sekolah jika tidak saya panggil polis sebab kamu sudah menceroboh kawasan sekolah.
Buduh punya kelig. Sukor la now dah bebas along. Seb baik juga along tu tak pi simbah cat ka kacau anak dan ex wife dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga pelaku / pembunuh ditangkap dan digantung sampai mati...patah leher org depa kerja kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|