CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2206|Reply: 24

[Politik] Sah! Tengku Zafrul kini bergelar ahli politik, strategi BN mahu 'tawan' semula Selangor

[Copy link]
Post time 1-8-2022 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 1-8-2022 01:39 PM

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menjadi calon UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, setelah dilantik sebagai Bendahari BN Selangor.

Walaupun sebelum ini, pernah menafikan sekarang bukan masa sesuai untuk menceburi bidang politik kerana berusaha memulihkan ekonomi negara, beliau bagaimanapun berterima kasih di atas pelantikan itu.

Menurutnya sama ada tercalon atau tidak pada PRU-15 akan datang, keutamaan yang diberikan adalah untuk memastikan BN dapat menawan semula Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).

“Kita satu pasukan di Selangor. Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar dan saya akan bekerjasama dengan semua pucuk kepimpinan BN di Selangor… untuk menawan kembali Selangor,” kata Tengku Zafrul.

Sebelum ini, jawatan Bendahari BN Selangor disandang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang bersedia menyerahkan kerusi itu kepada Tengku Zafrul.

Jamal menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Zafrul bagi memastikan UMNO-BN dapat memenangi semula Selangor pada PRU-15 akan datang.

“BN Selangor sangat memerlukan seorang individu berkarisma ‘heavyweight’ seperti beliau untuk menghadapi PRU yang sangat mencabar.”

“Saya ingin menggesa kepimpinan BN Selangor mempertimbangkan cadangan ini untuk segera melantik Tengku Zafrul sebagai bendahari sejurus selepas saya meletak jawatan,” kata Jamal.

Sebelum ini juga spekulasi mengatakan Tengku Zafrul berkemungkinan bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU-15. Sebahagian besar pengundi seakan sudah ambil maklum kemungkinan tokoh korporat itu mempertaruhkan nasib pada pilihan raya pertamanya di sana.

Melihat demografi Parlimen Kuala Selangor, kerusi itu diwakili majoriti 66 peratus pengundi Melayu; India (22 peratus); Cina (13 peratus); Bumiputera Sabah dan Sarawak (0.2 peratus) serta 0.5 peratus Orang Asli dan lain-lain.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mewakili Parti Amanah Negara adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menang majoriti besar 8,498 undi pada PRU-14.

Biarpun rekod cemerlang Dr Dzulkefly mewakili PH, terutama ketika tsunami menolak BN membengkak pada 2018, terlalu awal untuk menganggap Parlimen Kuala Selangor adalah kubu kuat PH.

Terdahulu ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, malam tadi, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan Tengku Zafrul adalah sebagai langkah permulaan untuknya ‘terjun’ ke bidang politik.

“Peluang itu adalah yang terbaik kerana bukan sahaja beliau telah dikenali, tentu beliau mempunyai hasrat terlibat secara langsung dalam politik kerana beliau juga telah menjadi ahli UMNO Cawangan Jalan Travers (Bahagian Lembah Pantai),” katanya b

Menurutnya yang juga Presiden UMNO, gabungan itu Selangor harus memberi peluang kepada muka baharu terutama golongan profesional yang berpotensi dalam usaha merampas kembali Selangor pada PRU-15.

Katanya golongan ‘warlord’ BN sebagai orang politik harus berjiwa besar untuk menerima kelompok profesional selain memulakan pencarian calon lain yang dapat membantu kemenangan gabungan itu.

Beliau berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri di Sabah, Melaka dan Johor tidak seharusnya dijadikan acuan bagi menghadapi PRU akan datang sebaliknya BN Selangor harus melakukan perubahan dengan mencari tokoh profesional dalam kalangan anak Selangor untuk dinamakan sebagai calon.

https://www.agendadaily.com/politik/tengku-zafrul-bakal-jadi-calon-umno-bn-pada-pru-15/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
PM umno..menteri kewangan umno

eh..ni bukan kerajaan umno
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:37 AM | Show all posts
tg zafrul dan noh omar kena mantapkan lagi kerja sama dengan PAS.  kukuhkan MN di semua peringkat. kasi jahanam sama pkr.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:43 AM | Show all posts
confirm la tengku zafrul menang bedasarkan populariti nya. Memang kalo bertandng di kuala selangor memang babai la gang amanah atau PH
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Choii...muntri bijak ni yang announce pengeluaran gcr staff gomen tp ujung ujung staff mof sendiri tak boleh keluar sbb ' kewangan  semasa negara' tak mengizinkan...tak menyempat nak announce utk tarik undi ????????
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 10:24 AM | Show all posts
habis mcm mana dgn yg dah ada rumah?
nti jd mcm kes spnb prima
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2022 01:33 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 1-8-2022 09:43 AM
confirm la tengku zafrul menang bedasarkan populariti nya. Memang kalo bertandng di kuala selangor m ...

sian org kuala selangor, zafrul ni dtg dari keluarga kaya yg tak penah susah manakala org kuala selangor ramai yg susah. xkan ada empathy beliau utk penduduk kuala selangor, sebagai org kuala selangor saya takkan undi beliau. harap dr zul masih bertanding untuk saya undi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
taktik memikat makcik2 dan andartu (termasuk  forummer sini - boleh rujuk dkt thread2 masa mula2 zaprul jadi menteri) yg selalu kagum dgn kehenseman & kewibawaan zaprul ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ramai lg golongan profesional jd wakil rakyat lps ni...bukan hanya golongan kontraktor G1....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Auwwww.....


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 1-8-2022 10:24 AM
habis mcm mana dgn yg dah ada rumah?
nti jd mcm kes spnb prima

Salah lobang ke dek?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 04:37 PM | Show all posts
Haritu mati2 menafikan nak joinT politik, ujong2 buat pengumuman besar2 pulak. Mmg dasar taik umngok!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuala Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
BN menang rakyat senang! #bankerjagabanker tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:38 PM | Show all posts
tahniah tg zafrul.. semoga lebih ramai golongan teknokrat masuk berkhidmat dan hapuskan golongan populis
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Agro Bank tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampung bik nobito friskies friska feeling2 jepang?


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru teringat yg dia ni tak bertanding pun masa pru yg lepas. Tiba2 je jadi menteri. Menteri kewangan pulak tu

Kerajaan melayu isle umno. Mcm2 boleh jadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:23 AM | Show all posts
Abahcoww mesti ketapppp beberrr, sbb dia yg bwk si zarrul ni masuk dlm gelanggang ujung2 kena tikam belakang zafrul join umno musuh politik bersatu, cashhhh! Bila dah seronok dgn kuasa sedetengah manusia sanggop buat apa saja
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
So...abah muhyiddin ok x ?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.275721 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list