CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1603|Reply: 21

[Tempatan] Bayi tercampak keluar kereta

[Copy link]
Post time 2-8-2022 01:57 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar daripada kereta, manakala enam yang lain cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 161.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tangkak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata kemalangan berlaku pada jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian.
Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika kenderaan PERODUA Alza yang dipandu bapa mangsa berusia 28 tahun bersama isterinya, 28, dan lima yang lain datang dari arah pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir.
"Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta yang dinaiki semua mangsa dari arah pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik ke kawasan berumput.
"Bayi itu terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang lain mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan.
Mohd Fadhil berkata, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat, manakala enam individu itu pula turut menerima rawatan di hospital sama.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/08/983395/bayi-enam-bulan-maut-tercampak-keluar-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miszclassique at 2-8-2022 02:19 PM

Alza ni 7 seater kan? Tak muat ke untuk pasang 1 carseat? Ke tengah menyusu jugak macam alasan baby tercampak yang haritu

Edit:
Total campur baby ada 8 orang rupanya, memang tak muat pun la nak letak carseat
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:19 PM | Show all posts

Bayi enam bulan maut tercampak keluar kereta

Bayi enam bulan maut tercampak keluar kereta



JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar daripada kereta, manakala enam yang lain cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 161.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tangkak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata kemalangan berlaku pada jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika kenderaan PERODUA Alza yang dipandu bapa mangsa berusia 28 tahun bersama isterinya, 28, dan lima yang lain datang dari arah pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir.

"Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta yang dinaiki semua mangsa dari arah pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik ke kawasan berumput.

"Bayi itu terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang lain mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan.

Mohd Fadhil berkata, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat, manakala enam individu itu pula turut menerima rawatan di hospital sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ampak-keluar-kereta

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:51 PM | Show all posts
banyak dah kejadian tercampak keluar dari kereta..
tapi tak nak juga amik iktibar..
sendiri cuai, nyawa anak tergadai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila gomen nak wajibkan child seat korang marah  kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:18 PM | Show all posts
Bila suruh pakai child seat bising menyalak.
Ambil ikhtibar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde nye mak bapak nak serik..
Tetaplah nak pangku anak, ulit2 or menetek..
Xpun sambil drive pangku anak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:27 PM | Show all posts
Mak bapak pakai seatbelt. Anak pangku je. Hmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 03:39 PM | Show all posts
menangis bunyi "hok hok hok" tersedu-sedan jelah, anak 6 bulan tercampak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 2-8-2022 03:22 PM
Xde nye mak bapak nak serik..
Tetaplah nak pangku anak, ulit2 or menetek..
Xpun sambil drive pangku  ...

Kawan iols pn bangga upload dkt whatsapp story gini hadoi.smbil drive smbil pangku anak. Smbil record hp
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:48 PM | Show all posts
Kedekut sangat ke nak beli child car seat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:51 PM | Show all posts
Nasihat dah banyak diberikan masih tak ambil peduli hingga ada hilang nyawa dah terlambat nak menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak ada fikir sendhighi. Dah kena, fikir pun dah tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:56 PM | Show all posts
Ada lagi bengap letakkan anak baring tidur dalam bakul raga, kononnya nak anak selesa tidur baring. Bodoh bebal punya mak bapak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 2-8-2022 02:14 PM
Alza ni 7 seater kan? Tak muat ke untuk pasang 1 carseat? Ke tengah menyusu jugak macam alasan baby  ...

Ramai sangat orang dalam keta tu… rasanya mak mesti pangku baby kat seat depan kot? Tu yang tercampak keluar…
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:11 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 06:43 PM | Show all posts
tak nak letak child car seat
atas alasan nanti kereta tak muat

sama juga mak bapak pakai helmet
anak2 kepala togel
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-8-2022 03:45 AM

Berlaku kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan. Sepatutnya kerajaan kena hebohkan di tv di klinik ibu di hospital tentang penggunaan car seat untuk anak anak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 10:31 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-8-2022 02:51 PM
banyak dah kejadian tercampak keluar dari kereta..
tapi tak nak juga amik iktibar..
sendiri cuai, ny ...

pastu nanges berhiba hiba, bersendu sendu kat socmed. semak aku parents mcm ni. sendiri bodoh, sendiri jd pembunuh anak tapi katanya dah takdir
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi boleh buat anak lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.178149 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list