View: 1364|Reply: 13
|
[Politik]
Najib isytihar aset di makamah cuma ada RM4.49 juta termasuk motorsikal & 5 buah kereta Mercedes....itu pun hadiah!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 3-8-2022 12:42 PM
Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi perintah injunksi mareva membuat pengisytiharan di mahkamah hanya mempunyai aset bernilai RM4.49 juta setakat 30 Jun.
Dalam pemfailan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Najib mengikrarkan asetnya yang terdiri daripada beberapa buah kenderaan dan hartanah, antaranya lima buah kereta Mercedes yang dihadiahkan kepadanya sebelum ini, menurut laporan Malaysiakini hari ini.
Malaysiakini juga mendapatkan pengesahan berhubung pengisytiharan dengan peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang memberitahu ia dibuat pada 20 Julai lalu.
Antara aset yang diperakukan dalam eksibit adalah lima buah kereta Mercedez Benz yang diperoleh sebagai hadiah, selain motosikal Kawasaki ZG.
Hanya motosikal Honda EX5 yang dianggarkan bernilai RM2,000 dan sebuah Mercedez Benz diperoleh sendiri.
Kesemuanya menggunakan nombor pendaftaran 11, selain sebuah kereta dengan nombor pendaftaran 1 dan motosikal Kawasaki ZG dengan nombor 1100.
Bagi hartanah pula, Najib mengikrarkan memiliki tanah di Kuantan, Pekan, Bentong serta bangunan di Semenyih dan Awana Condo, Genting Highland yang dianggarkan bernilai antara RM30 hingga RM150,000.
SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya pada 24 Mac memperoleh perintah injunksi mareva untuk menghalang Najib daripada memindahkan atau melupuskan aset bernilai sehingga RM42 juta.
Mahkamah juga mengarahkan Najib mendedahkan kepada peguam SRC (plaintif) secara bertulis asetnya dalam atau luar Malaysia dalam tempoh 30 hari selepas perintah itu diserahkan.
Bekas Perdana Menteri itu hanya dibenar mengeluarkan dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman.
Injunksi mareva adalah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang.
Pada 8 Februari, Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) bagi injunksi mareva oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited), yang masing-masing merupakan plaintif pertama dan kelima, dalam saman 1MDB terhadap Najib dan beberapa orang lagi.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo sikit je... 
Percayalahhhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Asal bukak mulut tak menipu, bukan politisyen lah kan. Kepla hangguk abah ko la |
|
|
|
|
|
|
|
semoga najib dapat bersabar menempuh dugaan dan ujian ini |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Areb tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
shiannnn...
meh la no acc, meols sedakah tiga puluh ringgek,,  |
|
|
|
|
|
|
|
Samada Najib tu dah terencat akal atau pembaca dah jadi gila baca statement Najib ni. Semuanya BS |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-8-2022 10:08 AM
Jadi perdana menteri memang boleh dapat banyak hadiah kereta, sama seperti drm dahulu dia banyak dapat hadiah kereta…. BMW je dah lebih 7-8 buah.
Hadiah ke? rasuah secara halal lah!
Sama seperti bapa(polis berpangkat tinggi) seorang yang saya kenal dari Jakarta dia pun dapat banyak hadiah kereta dan motor harley davidson. Semua tu hadiah!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|