View: 1326|Reply: 9
|
[Tempatan]
Ketua Menteri minta penjelasan isu anggota polis bermasaalah dipindahkan ke Sabah & Sarawak.
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah memandang serius berhubung isu pemindahan anggota polis bermasalah ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta supaya pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan itu dilaksanakan.
"Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai respons berhubung laporan berita sembilan anggota polis disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor dipindahkan ke Sabah dan Sarawak.
Hajiji yang kini sedang menunaikan ibadah umrah berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada polis mengenai perkara berkenaan.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sakikala Devi menerusi sesi wawancara khas Sinar Harian pada Selasa memaklumkan, kesemua anggota polis yang terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
Susulan daripada itu, perkara berkenaan mendapat pelbagai pandangan dan kritikan termasuk daripada Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang turut meminta kerajaan Persekutuan tidak menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai 'tong sampah' dengan 'membuang' penjawat awam bermasalah ke dua negeri berkenaan.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
dah keluar kat telegram ES  |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala kakitangan gomen..cikgu yg cabul cabul pon tukar tukar sek jah...bukanya kena frezee dlm peti beku |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg susah sgt terminate service mereka? Dok simpan pindah sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukacactus at 3-8-2022 10:03 PM
Camtu le org gomen, paling2 dipindahkan je
Jiran setaman polis berpangkat br pindah dr selatan
Sombong kemain...mcm le org xtau kenapa dipindahkan ke sini |
|
|
|
|
|
|
|
xpasal2 kau buang org bermasalah kat negeri lain
ingat depa hadap ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pemangku ketua polis bermasaalah integrity disini pun tuhari dipindahkan di sarawak.
Cikgu lelaki yang suka aim budak lelaki kat sekolah ni pulak elok je ditukarkan dimukim sebelah.berpuluh rahun pusing kat sek berdekatan. Bertahan lah sampai pencen |
|
|
|
|
|
|
|
teruk la kalau badan beruniform pun takde integrity. |
|
|
|
|
|
|
|
yang bermasalah kau buang pergi sabah dan sarawak..memang hanjing.
kau buang je la anggota kau tu..ramai lagi yang nak keje dari simpan staff penyangak mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
belum terbukti bersalah lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|