CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 10

[Tempatan] Remaja 17 tahun pandu Vellfire kantoi bawa 19 PATI

[Copy link]
Post time 4-8-2022 02:25 AM | Show all posts |Read mode
Remaja 17 tahun pandu Vellfire kantoi bawa 19 PATI






  • Oleh MASZUREEN HADZMAN
  • 3 Ogos 2022, 9:06 pm















PETALING JAYA: Tindakan seorang remaja membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) mengundang padah apabila dia ditahan di Jalan Selinsing, dekat sini kelmarin.

Penahanan remaja berusia 17 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 12.05 tengah hari selepas kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire yang membawa 19 warga asing dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada mulanya, rondaan dijalankan Ketua Balai Polis Jinjang di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Kata beliau, ketika dihampiri, kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire itu memecut laju dan enggan berhenti.

“Polis mengejar kenderaan berkenaan yang kemudiannya melanggar motosikal ditunggangi anggota polis termasuk tiga kereta di lokasi sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Eng Lai, pemeriksaan lanjut mendapati di bahagian tempat duduk belakang terdapat 19 lelaki dan enam wanita berusia 15 hingga 39 tahun.

Jelasnya, hasil semakan identiti mendapati semua penumpang tidak memiliki pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah.

“Pemandu yang ditahan mengaku tiba dari Rantau Panjang di Kelantan bagi membawa masuk PATI terbabit untuk bekerja di negara ini.

“Caj RM6,000 dikenakan kepada setiap PATI yang dibawa untuk mencari pekerjaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata beliau, seorang lelaki warga tempatan bagaimanapun melarikan diri ketika kemalangan berlaku.

“Semua suspek ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pergh dasayt kau dik
berani mati ek
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
RM 114,000 adik ni dapat. Dasat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Atau heols diperkudakan ja. Still, berani ko dek.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni dah lama berlaku....kenderaan mahal dan mewah digunakan untuk jenayah dan bawa pendatang asing....cuma polis je bodo x reti nk tahan kereta mewah...yg ditahan kereta biasa buruk..

Dah lama dah vellfire atau alphard depa guna untuk vawa pendatang asing ni...yela cermin pun gelap...sapa nk tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah2 cermin hitam, senanglah nak buat jenayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewa je alphard ke vellfire tu sehari baru berapa buat kerja ni...duit2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyeludupan manusia mmg serius di Malaysia. Ini kes yang berjaya ditangkap. Sudah berapa lama dia buat kerja ni. Seludup manusia ni kerja mudah tapi habuan lumayan. Yang tinggal di kelantan tu sudah arif dengan masalah ni. Dulu seludup beras (dan hingga sekarang pun). Skrg seludup manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam sardin ke dalam tu? Eee… pati plak bau confirm ngeri. Budak ni melayu ke cina ke india? Berani ek
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya benda biasa la ni kan
Bdk 17 tahun pun berani buat
Mesti ada yg bg arahan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 4-8-2022 06:38 AM
Benda ni dah lama berlaku....kenderaan mahal dan mewah digunakan untuk jenayah dan bawa pendatang as ...

Ni bukan pasal bodo tak nampak sissss, ni mesti sbb yuran bulanan sangkut lettewwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.470840 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list