CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

Pesohor Media Upah Samseng Bunuh Kekasih Kerana Putuskan Hubungan

[Copy link]
Post time 4-8-2022 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan samseng dilaporkan diupah pesohor media sosial di Brazil untuk memecah masuk rumah bekas teman lelakinya, Leandro Rezende dan membunuh mangsa.




Isabela Gomes Pereira didakwa meyakinkan sekumpulan samseng untuk menceroboh rumah bekas teman lelakinya. -Newsflash





The Sun semalam melaporkan tindakan bermotif dendam itu dilakukan Isabelle Gomes Pereira, 28, dari Contagem kerana mangsa memutuskan hubungan mereka.


Penyiasat berkata, lelaki berusia 36 tahun itu diserang ketika sedang tidur dengan diikat menggunakan kabel elektrik dalam kejadian pada Jun lalu.


Mangsa kemudian mati dicekik menggunakan kabel dari kipas ketika kumpulan tersebut menendang dan memukulnya.


Polis percaya Pereira hanya berniat untuk menakut-nakutkan dan mencederakan bekas teman lelakinya tetapi perkara itu berlaku dengan lebih teruk.


Pereira dan dua ahli kumpulan itu kini menghadapi pertuduhan merompak dengan keganasan sehingga menyebabkan kematian. Suspek ketiga masih dalam buruan polis.


Bedah siasat menyimpulkan bahawa Rezende terbunuh akibat sesak nafas.


Pereira dipercayai menemui tiga itu lelaki masing-masing berusia 20, 23 dan 31 tahun di bandar Belo Horizonte dan meyakinkan mereka untuk memecah masuk rumah bekas teman lelakinya pada waktu malam.


Selain memukulnya, wanita itu memberitahu bahawa mereka boleh merompak rumah Rezende  dan membahagikan keuntungan.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.074912 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list